Beli kereta dapat gajet

Beli kereta dapat gajet

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Boustead Sdn Bhd dan Concepts Commercial Supplier, hari ini, telah menandatangani memorandum persefahaman bagi mengadakan promosi yang mana pelanggan yang membeli kereta Suzuki Celerio A+ akan layak menerima peranti Acer Iconia Tab 8W.

Penandatanganan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Concepts Computer Sdn Bhd di Kampung Kiulap itu, telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Concepts Computer Sdn Bhd, Vincent Pao dan Pengurus Cawangan Boustead Sdn Bhd, James Wong.

Promosi yang bermula hari ini hingga 31 Disember 2015 ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan dengan hadiah segera bagi setiap pembelian yang diharap menarik kesetiaan pelanggan dan pada masa yang sama mempromosikan imej korporat kedua-dua buah syarikat.

Suzuki Celerio terbaru ini dikuasakan dengan enjin 1 liter 3 silinder di samping transmisi ‘Continous Variable Transmission’ (CVT) dapat memberikan pengalaman pemanduan yang seronok.

Vincent Pao dan James Wong ketika menandatangani memorandum persefahaman.
Vincent Pao dan James Wong ketika menandatangani memorandum persefahaman.
Vincent Pao dan James Wong ketika bergambar ramai bersama kakitangan Concepts Computer Sdn Bhd dan juga Boustead Sdn Bhd.
Vincent Pao dan James Wong ketika bergambar ramai bersama kakitangan Concepts Computer Sdn Bhd dan juga Boustead Sdn Bhd.

Kereta ringan ini menumpukan untuk pengguna di bandar yang menginginkan kereta kecil dengan personaliti besar.

Sementara itu, Acer Iconia Tab 8W mengetengahkan spesifikasi terbaik untuk bekerja dan bermain dengan sistem operasi Windows 8.1.

Peranti berukuran 8 inci dengan skrin 1280 X 800 HD ini dikuasakan pemproses empat teras Intel Atom yang membolehkan multitasking serta prestasi baik bagi permainan video, menonton video dan melayari Internet.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima perisian Office 365 terbaru daripada Microsoft selama setahun. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi bersama ini, orang ramai bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Boustead Sdn Bhd atau Bilik Pameran Concepts Computer.

ARTIKEL YANG SAMA