Beli Pokka, dapat hadiah

Beli Pokka, dapat hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – POKKA, pengeluar makanan dan minuman di bawah jenama terkenal ‘Pokka’ telah mengumumkan promosi terbarunya dinamakan ‘Pokka Ekstravaganza 2015’, dengan tempoh promosi 15 September hingga 15 November 2015.

Menurut satu kenyataan di sini, hari ini, hadiah utama menawarkan pakej pelancongan keluarga dua hari ke Lego Land yang termasuk tiket penerbangan pergi balik, tempat penginapan dan tiket kemasukan Lego Land bagi tiga ahli keluarga, yang merupakan kempen paling hebat yang pernah dianjurkan oleh Pokka dan pengedarnya di Brunei, Cataleya Trading Company.

Hadiah-hadiah lain yang tidak kurang menariknya termasuk MacBook Air 11 inci, iPhone 6 16GB, Apple Watch Sport 38mm, Go Pro Hero 4, iPad Air 2 Wifi 16GB, PS4 250GB, peti sejuk (Sharp SJ SK30E), mesin cuci (Sharp Fully Auto) dan penggoreng tanpa minyak jenama Philips.

Pokka mempromosikan produk terbarunya dinamakan ‘Pokka Ekstravaganza 2015’ dengan tawaran hadiah lumayan untuk dimenangi.
Pokka mempromosikan produk terbarunya dinamakan ‘Pokka Ekstravaganza 2015’ dengan tawaran hadiah lumayan untuk dimenangi.

Promosi dibukakan kepada semua pelanggan di Brunei dengan membeli mana-mana pek kembar (2×1.5L botol besar) atau pek keluarga (4×0.50L botol kecil) POKKA Ice Lemon Tea, POKKA Ice Strawberry Tea, POKKA Ice Blueberry Tea, POKKA Ice Lychee Tea dan POKKA Ice Passionfruit Tea.

Borang penyertaan yang lengkap diisikan perlulah dimasukkan ke dalam kotak-kotak cabutan bertuah POKKA yang diletakkan di pasar-pasar raya dan kedai yang ikut serta di seluruh negara.

Cabutan awal akan dibuat pada 21 November 2015 di Syarikat Cataleya Trading dan 300 pelanggan yang layak akan dihubungi menerusi pesanan ringkas dan panggilan untuk menghadiri cabutan utama pada 26 November sempena Brunei Exchange Night Depot 2015 yang pertama diadakan di Kompleks Terbuka Yayasan.