Beli Red Bull, ais krim dapat hadiah

Beli Red Bull, ais krim dapat hadiah

Oleh Imelda Groves HA & Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Orang ramai kini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti TV LED, mesin basuh dan peti sejuk sebagai hadiah utama cabutan terakhir dalam promosi Red Bull Boost and Win 2016 yang hari ini hingga 31 Mei nanti.

Perasmian promosi berkenaan telah diadakan di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery dan disempurnakan oleh Pengurus Besarnya, Valentine Hon dan Pengurus Pemasaran dan Jualan selaku Pengedar Utama Red Bull Brunei, Kevin Robin Jon.

Untuk ikut serta, orang ramai perlulah membeli mana-mana minuman tin Redbull kemudian lampirkan ‘ring tab’ daripada minuman tin bersama dengan borang penyertaan yang telah diisi ke dalam kotak-kotak yang disediakan di kedai-kedai yang dipilih di seluruh negara.

Para peserta bolehlah mendapatkan borang penyertaan tersebut di mana-mana pusat membeli-belah dan kedai ataupun memuat turun di laman Facebook Red Bull Brunei.

Promosi ini akan mengadakan tiga cabutan mingguan yang akan diadakan dua kali seminggu sepanjang tempoh promosi sebelum cabutan terakhir.

Gambar ramai wakil-wakil dari Kingston dan Hua Ho Manggis.
Gambar ramai wakil-wakil dari Kingston dan Hua Ho Manggis.
Valentine Hon (kanan) dan Kevin Robin Jon semasa melancarkan Pertandingan Red Bull Boost and Win 2016.
Valentine Hon (kanan) dan Kevin Robin Jon semasa melancarkan Pertandingan Red Bull Boost and Win 2016.

Bagi setiap cabutan mingguan pula, seramai 25 orang pelanggan akan membawa pulang hadiah seperti baucar membeli-belah, power kad, tambah nilai prabayar dan pek kluster Red Bull.

Dalam pada itu, Kingston Beverage & Creamery turut melancarkan Cabutan Bertuah Ais Krim yang menawarkan Sony Playstation 4 sebagai hadiah utama.

Pelancaran cabutan berkenaan telah diadakan di Hua Ho Manggis, di sini, dan disempurnakan oleh Valentine Hon, Kevin Robin Jon serta Pengurus Hua Ho Manggis, Lau Soon Tiong.

Cabutan bertuah ini telah bermula 30 Mac lalu dan akan berlangsung sehingga 30 Jun, yang mana ia diharapkan untuk mempromosikan produk ais krim tempatan kepada orang ramai.

Untuk menyertai cabutan bertuah itu pelanggan hanya perlu membeli mana-mana ais krim Kingston (Dino Cup, Split Stick Ice Cream atau Waltz Cone) kemudian masukkan borang yang telah lengkap diisikan berserta penanda yang diperlukan ke dalam kotak yang disediakan di cawangan-cawangan yang mengikuti promosi tersebut.

Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi ialah Mountain Bike, peranti Samsung dan baucar-baucar Secret Recipe serta Marrybrown.

ARTIKEL YANG SAMA