Beli satu aiskrim, dapat percuma satu

Beli satu aiskrim, dapat percuma satu

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Bermula pada Sabtu lalu, Hippo and Bees menawarkan aiskrim kon percuma bagi setiap pembelian aiskrim cawan di kesemua cawangannya di Food Arena dan di Pusat Membeli-Belah Times Square.

Juru cakap Hippo and Bees, semasa ditemui hari ini memberitahu, belum diketahui sehingga bila promosi ini akan dilanjutkan namun baginya ini merupakan peluang terbaik untuk menikmati aiskrim 100 peratus buatan tempatan itu pada harga yang menarik.

Terdapat 16 jenis ais krim dijual di Hippo and Bees termasuk beberapa jenis yang digemari ramai dan mendapat sambutan hangat antaranya Honeycomb yang menggunakan sarang lebah asli dan juga Dark Knight.

Ais Krim di Hippo and Bees merupakan produk tempatan yang berasaskan kepada cara pembuatan aiskrim organik Korea dan pelanggan boleh memilih apa sahaja jenis topping yang ditawarkan di sana.

Warga Hippo and Bees mempamerkan beberapa jenis aiskrim yang dijual di sana.
Warga Hippo and Bees mempamerkan beberapa jenis aiskrim yang dijual di sana.

ARTIKEL YANG SAMA