Belia berpengetahuan penting pacu pembangunan negara – Tawfiq

Belia berpengetahuan penting pacu pembangunan negara – Tawfiq

SANDAKAN, 22 Mei (Bernama) – Generasi belia yang berilmu dan berpengetahuan penting bagi memacu pembangunan negara, kata Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Menurut beliau, belia merupakan suatu aset yang cukup berharga dan bernilai kepada negara. Anak-anak muda tidak seharusnya lalai dan merasa dalam zon selesa yang boleh menyebabkan mereka terjebak dalam kegiatan merugikan negara.