‘Belia Berwawasan Menjana Ekonomi’

‘Belia Berwawasan Menjana Ekonomi’

Oleh Sim Y. H, Salawati Haji Yahya & Normazlina M.D

Gambar Oleh Muiz Matdani & Sim Y.H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Golongan belia di Negara Brunei Darussalam harus bersama-sama memikirkan penyelesaian terbaik dalam menangani cabaran dan isu pembangunan belia serta mampu untuk memperluaskan lagi perspektif mereka terutamanya mengenai kehidupan dalam komuniti, peranan dan kepentingan belia dalam pembangunan sesebuah negara.

Oleh itu, dengan mengetengahkan tema ‘Belia Berwawasan Menjana Ekonomi’, Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-10 merupakan seruan kepada semua golongan belia untuk melipatgandakan usaha dan penglibatan mereka pada meningkatkan kemakmuran ekonomi negara dan menjadi penyumbang tenaga kerja yang produktif.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke majlis sambutan berkenaan yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

Keberangkatan Baginda Sultan dan kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Baginda Sultan ketika dijunjung melawat salah satu petak pameran.
Baginda Sultan ketika dijunjung melawat salah satu petak pameran.
Baginda Sultan berkenan dijunjung menulis tulisan jawi kalimah Allah di dalam kotak yang disediakan.
Baginda Sultan berkenan dijunjung menulis tulisan jawi kalimah Allah di dalam kotak yang disediakan.
Baginda Sultan berkenan menerima pesambah daripada salah satu peserta pameran.
Baginda Sultan berkenan menerima pesambah daripada salah satu peserta pameran.

pg04_150902_i

Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Sukarelawan Belia kepada Dayang Nurliyana Fatin.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Sukarelawan Belia kepada Dayang Nurliyana Fatin.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Persatuan Belia kepada Persatuan SCOT.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Persatuan Belia kepada Persatuan SCOT.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Pemimpin Belia Berjasa kepada Datin Hajah Siti Hajar.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Pemimpin Belia Berjasa kepada Datin Hajah Siti Hajar.

Sejurus keberangkatan tiba, lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dinyanyikan dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Yang Berhormat Pehin Haji Hazair dalam sembah alu-aluannya berkata tema sambutan kali ini menekankan golongan belia bukan sahaja perlu produktif malahan untuk lebih kreatif dan inovatif menerokai bidang perekonomian dan pekerjaan.

“Kelebihan-kelebihan ini menjadikan mereka penggerak kemajuan masyarakat dan pembangunan negara yang berdaya tahan.”

Yang Berhormat Pehin turut menyeru para golongan belia untuk mengambil segala peluang yang ada kerana peluang itu hanya datang sekali dan mereka perlu membuang sikap memilih pekerjaan.

Pada masa yang sama, beliau berkata, belia sebagai rakyat dan penduduk Brunei perlu bersikap prihatin ke atas mereka yang memerlukan bantuan.

Yang Berhormat Pehin berkata lagi bahawa golongan belia tempatan juga telah tampil dan bangun untuk menyahut seruan ‘Bekarih, Bejarih dan Belurih’, dengan menceburi bidang perusahaan dan perniagaan dalam pelbagai bidang termasuk bidang industri kreatif serta berjaya menerokai pasaran dan peluang-peluang perniagaan di luar negara.

“Sebagai usaha penghijrahan minda, golongan belia juga telah mula menyingsing lengan dan tangan menceburi bidang-bidang pekerjaan yang mencabar seperti di bidang penanaman padi, sektor pembinaan dan pemanduan jentera berat.”

Baginda Sultan kemudian berkenan mengurniakan titah dan diikuti dengan bacaan Ikrar Belia oleh sekumpulan belia yang diketuai oleh salah seorang usahawan muda yang memulakan Start-Up HUB BIMP-EAGA di Negara Brunei Darussalam, bergiat aktif dalam kegiatan sukarela, seorang pelopor dalam sukan ‘parkour’ dan merupakan graduan dalam bidang Graphic Design: New Media, Awang Mohd Shafique bin Haji Mohd Hussain.

pg04_150902_c

pg04_150902_d

pg04_150902_j

pg04_150902_k

pg04_150902_l

pg04_150902_m

Majlis diserikan dengan Persembahan Belia Berkarih, Berjarih dan Balurih dalam menanai tema sambutan yang melibatkan 1,320 orang penuntut, belia dan sukarelawan, yang membuat persembahan puisi, ‘Human LED’, Tablo, Berpadi, Jentera berat, ‘Scaffolding’ dan ‘Abseiling.’

Dengan mengenakan pakaian yang menggambarkan tugasan masing-masing, persembahan itu mencerminkan belia berkarih dan berjarih dalam mencari pendapatan untuk meningkatkan taraf hidup cemerlang dengan bekerja sendiri dalam apa jua bidang industri dan kegiatan aktiviti sihat.

Laungan takbir menjadi acara kemuncak persembahan untuk menzahirkan keberkatan dalam usaha belia ke arah kecemerlangan sekali gus mencerminkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

Selepas persembahan dan pengumuman penerima anugerah, Baginda Sultan dijunjung untuk menyempurnakan penyampaian anugerah iaitu Anugerah Persatuan Belia kepada Persatuan Society of Community Outreach and Training (SCOT), Anugerah Pemimpin Belia Berjasa kepada Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Anugerah Sukarelawan Belia kepada Dayang Nurliyana Fatin binti Ariffin dan Anugerah Belia Cemerlang kepada Awang Goh Kiat Chun @ Wu Chun.

Pengiktirafan sumbangan dan jasa bakti yang diberikan oleh penerima-penerima anugerah berkenaan khususnya dalam bidang pembangunan belia di Brunei diharap dapat menggalakkan lagi usaha tersebut dan menjadi contoh atau model peranan kepada para belia yang lain.

Baginda Sultan berserta kerabat diraja yang lain kemudian dijunjung untuk menyaksikan Pameran Inovasi Usahawan Belia 2015, ‘Engaging, Bridging & Networking Youth Entrepreneurship’, yang mana ia menjadi platform untuk membawa para usahawan muda atau belia bergabung bagi saling menghubung dan mencipta rangkaian bagi mencapai maksud Visi Brunei 2035. Pameran itu diadakan selama dua hari, hingga esok.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Baginda Sultan berserta kerabat diraja berkenan untuk bergambar ramai dengan para penerima Anugerah Belia sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-10.

ARTIKEL YANG SAMA