Belia Brunei luangkan masa bersama anak-anak yatim

Belia Brunei luangkan masa bersama anak-anak yatim

ENAM belia di bawah Majlis Belia Brunei, baru-baru ini telah mengadakan ‘Fun Day’ bersama dengan anak-anak yatim di Koridor Bio-Inovasi di Kampung Tungku.

Mereka terdiri daripada lima pelajar dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang telah menjalani Program Community Outreach dan disertai oleh seorang pelatih belia di bawah Majlis Belia Brunei.

Seramai 14 anak-anak yatim dari Kampung Jerudong telah hadir bersama-sama dengan penjaga mereka telah mengambil bahagian dalam acara tersebut. Anak-anak yatim berkenaan berusia antara lapan hingga 15 tahun dan mereka telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan kumpulan-kumpulan ini telah mengambil bahagian dalam pelbagai permainan dan aktiviti.

Objektif utamanya adalah untuk memberikan peluang kepada anak-anak yatim untuk berinteraksi bersama-sama dalam pelbagai aktiviti rekreasi dan pada masa yang sama untuk mewujudkan kenangan manis untuk mereka.

Dengan adanya aktiviti ini akan dapat menjadikan golongan belia sebagai contoh kepada kanak-kanak untuk sentiasa bermotivasi meneruskan pembelajaran mereka pada masa depan.

Seramai enam belia di bawah Majlis Belia Brunei dan UBD, baru-baru ini telah mengadakan hari ria bersama dengan anak-anak yatim di Bio-Innovation Corridor di Kg Tungku.
Seramai enam belia di bawah Majlis Belia Brunei dan UBD, baru-baru ini telah mengadakan hari ria bersama dengan anak-anak yatim di Bio-Innovation Corridor di Kg Tungku.

Awang Mohammad Izzuddin Abdullah Rosmalishah, salah seorang anak yatim yang menyertai aktiviti itu berkata, ia adalah satu pengalaman yang menarik bagi beliau dan ia amat menyeronokkan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar UBD kerana telah menjemput saya.”

Majlis Belia Brunei telah ditubuhkan pada tahun 1962 dan ia adalah sebuah pertubuhan sukarelawan.

Organisasi ini terus menyediakan belia dengan peluang bagi membina keupayaan melalui pelbagai program-program belia yang mana mendedahkan mereka kepada pelbagai kemahiran termasuklah perancangan projek dan kerja-kerja kemasyarakatan.

ARTIKEL YANG SAMA