Belia CCF, YASKA kongsi harapan positif

Belia CCF, YASKA kongsi harapan positif

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Rombongan seramai 16 orang dari Yayasan Barah Kanak-Kanak, Singapura (CCF), yang berada di negara ini bagi lawatan tiga hari sejak 5 Jun lalu, telah menghadiri aktiviti berkelah di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, di sini, hari ini.

Aktiviti berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) Brunei, dan turut dihadiri oleh 13 kanak-kanak bersama keluarga mereka dan sukarelawan dari YASKA Brunei.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang perkelahan berkenaan termasuk mendaki, bermain permainan dan berkongsi pengalaman.

Lawatan rombongan berkenaan ke negara ini, yang akan berlepas pulang esok, merupakan sebahagian daripada program pembelajaran perkhidmatan asas kanser CCF.

Program ini bertujuan untuk memperkasa pemuda yang selamat daripada kanser dengan melibatkan diri dan berinteraksi secara berkesan bersama kanak-kanak, belia atau keluarga yang terjejas oleh kanser di rantau ini.

pg10_150608_e

Antara aktiviti warga CCF dan YASKA yang diadakan semasa berkelah, kelmarin.
Antara aktiviti warga CCF dan YASKA yang diadakan semasa berkelah, kelmarin.
Warga CCF dan YASKA turut bergambar ramai di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas.
Warga CCF dan YASKA turut bergambar ramai di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas.

Ia juga menggalakkan belia CCF untuk berkongsi pengalaman positif mereka sebagai pesakit dalam melawan penyakit mereka, dan diharap akan memberi harapan dan semangat baru kepada pesakit dan keluarga di Brunei.

Antara aktiviti lain yang dilakukan semasa berada di Brunei adalah membuat biskut dan kek serta sesi kraf tangan di antara CCF dan YASKA, melawat unit wanita dan kanak-kanak dan wad kanser di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta melawat tempat-tempat menarik.

ARTIKEL YANG SAMA