Belia cermin peneraju kepimpinan negara

Belia cermin peneraju kepimpinan negara

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Kementerian Pertahanan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Pasukan Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PKT ABDB) menyambut hari ulang tahunnya yang ke-45 Tahun dengan mengadakan Upacara Perbarisan di Padang Kawad Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB) Perkhemahan Rimba, Gadong, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini, upacara perbarisan berkenaan telah disertai oleh kira-kira 120 orang anggota dan 30 orang Pasukan Pancaragam PKT ABDB yang terdiri daripada Ahli Kadet Tentera Sekolah Menengah, Maktab dan Institut Pengajian Tinggi, PKT ABDB.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menerima tabik hormat di upacara berkenaan ialah Komandan Institut Latihan ABDB, Kolonel Haji Abidin bin Haji Abdul Hamid yang juga memeriksa perbarisan serta memberikan ucapan sempena Hari Ulang Tahun PKT ABDB ke-45.

Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah ASMDB, Leftenan Kolonel Haji Mohd Sheh bin Haji Bagul, pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, para jemputan khas dari Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Institut Teknologi Brunei dan Politeknik Brunei serta pegawai waran tadbir PKT ABDB, jurulatih PKT ABDB, para CFO dan guru-guru pengawas PKT ABDB.

Kolonel Haji Abidin dalam ucapannya pada majlis berkenaan menyentuh petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Kolonel Haji Abidin ketika memeriksa perbarisan.
Kolonel Haji Abidin ketika memeriksa perbarisan.
Kolonel Haji Abidin bergambar ramai dengan pegawai-pegawai kanan serta anggota-anggota Kadet Tentera ABDB semasa Upacara Perbarisan tersebut.
Kolonel Haji Abidin bergambar ramai dengan pegawai-pegawai kanan serta anggota-anggota Kadet Tentera ABDB semasa Upacara Perbarisan tersebut.

pg05_160113_b

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun ke-24 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 2008 di mana Baginda bertitah, “Belia adalah aset negara. Kerana itu agenda pembinaan belia adalah amat penting untuk diberikan fokus. Mereka yang dibangunkan itu akan menjadi cermin kepada corak kepimpinan masa depan yang penuh teka teki. Jika mereka baik, maka kita pun bolehlah tersenyum lega tetapi jika mereka menjadi insan yang cair moral, maka akan merintihlah negara memikul bebannya.”

Beliau berkata, dalam titah berkenaan, Baginda Sultan menyeru supaya para belia memperkasa dan mempersiapkan diri mereka kerana golongan belia itu adalah sebagai golongan pelapis yang meneruskan dan menerajui negara pada masa hadapan.

Menurut kenyataan itu, antara penglibatan program PKT ABDB pada setiap tahun ialah Hari Belia Kebangsaan, ASEAN School Game dan National Cadet Corps (NCC) Republik Singapura.

Penyertaan pasukan kadet tentera dalam pelbagai acara itu adalah sebagai pemangkin dalam menggalakkan ahli-ahli kadet sekolah menengah, maktab dan institut pengajian tinggi untuk sentiasa berdaya saing dan komited dalam setiap kegiatan dan perlawanan yang dipertandingkan.

PKT ABDB telah ditubuhkan pada 9 Januari 1971 dan setakat ini diurus tadbir oleh seramai 19 orang pegawai memerintah.

Ketika ini keramaian ahli kadet tentera adalah seramai 2,000 orang terdiri daripada PKT sekolah menengah, maktab dan institut pengajian tinggi dari seluruh negara.

ARTIKEL YANG SAMA