Belia Cina lafaz dua kalimah syahadah

Belia Cina lafaz dua kalimah syahadah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Seorang belia lelaki berbangsa Cina telah melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan setelah memilih Islam sebagai pegangan hidupnya yang baru.

Majlis pengislaman Alvin Hii @ Wui Ng, 21, yang berlangsung di rumah Haji Mohd Nornisiah bin Abdullah di Perumahan Lambak Kanan telah dipimpin oleh Pegawai Pengislaman dari Pusat Dakwah Islamiah.

Warga tempatan yang berasal dari Daerah Tutong itu telah memilih nama Islamnya sebagai Dihyan bin Abdullah Al-Hii.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan laungan Zikir sebelum lafaz dua kalimah syahadah diikuti dengan Dikir Marhaban dan doa selamat.

Awang Dihyan ketika melafazkan dua kalimah syahadah di majlis itu, kelmarin.
Awang Dihyan ketika melafazkan dua kalimah syahadah di majlis itu, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA