Belia KESAN beramal dalam bulan Ramadan

Belia KESAN beramal dalam bulan Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Sukarelawan daripada Persatuan Kemajuan Insan (KESAN), Catalyst, turut tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kepada 25 keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong.

Derma yang dikumpulkan dalam kalangan ahli-ahli KESAN telah diagih-agihkan dan juga digunakan untuk membeli barang-barang keperluan bagi keluarga-keluarga yang berkenaan.

Tujuan projek ini adalah bagi membentuk sahsiah kepimpinan dalam kalangan belia melalui penglibatan yang aktif dalam kerja amal ini.

Di samping itu, ia juga dihasratkan dapat menyuntik rasa keceriaan dalam memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang terutama bagi keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan.

Dalam projek berkenaan, para sukarelawan telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk menyerahkan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

p08-3_20150717

Projek amal melibatkan sukarelawan belia daripada Persatuan KESAN.
Projek amal melibatkan sukarelawan belia daripada Persatuan KESAN.

p08-5_20150717

Presiden KESAN, Awang Ahmad Marwan bin Mohammad Taib berkata, “Ini adalah peluang yang sangat baik bagi ahli-ahli dan sukarelawan KESAN untuk menghargai sambil membantu dan menyokong masyarakat secara amnya. Kami berharap, satu budaya bersyukur boleh ditanamkan di kalangan mereka. Ini merupakan asas yang sangat kukuh dalam membentuk pemimpin-pemimpin negara pada masa hadapan.”

ARTIKEL YANG SAMA