Belia masjid Kg. Bukit Beruang kunjungi Brunei Press

Belia masjid Kg. Bukit Beruang kunjungi Brunei Press

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Dis – Serombongan belia Masjid Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong, hari ini, telah mengadakan lawatan ke Brunei Press Sdn Bhd di Perindustrian Beribi, Gadong.

Rombongan yang diketuai oleh Bilal Masjid Kampung Bukit Beruang, Awang Muhamad Padini bin Ta’ai dialu-alukan oleh Pengurus Am Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See dan Editor Media Permata, Mohd Noor bin Che Mat.

Lawatan dimulakan dengan menyaksikan tayangan video mengenai penubuhan syarikat pada tahun 1953 serta penubuhan Borneo Bulletin dan Media Permata.

Rombongan belia diiberi taklimat mengenai kaedah penerbitan akhbar.
Rombongan belia diiberi taklimat mengenai kaedah penerbitan akhbar.

Rombongan kemudian turut dibawa melawat dan mininjau ke Bahagian Jualan, Media Permata dan Borneo Bulletin, bahagian Grafik dan bahagian Percetakan surat khabar.

Lawatan bersempena cuti persekolahan penggal akhir tahun itu bertujuan untuk memberikan kefahaman dan maklumat kepada para belia mengenai bidang percetakan di negara ini, di samping memupuk kemahiran para belia yang berminat dalam bidang berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA