Belia Masjid Kg. Bukit Beruang lawat Jabatan Daerah Tutong

Belia Masjid Kg. Bukit Beruang lawat Jabatan Daerah Tutong

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 29 Dis – Seramai 30 orang belia dari Kelab Nadi Al-Muhibbin Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang, Tutong, hari ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Daerah Tutong.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Kelab Belia Nadi Al Muhibbin, Awang Muhamad Padini bin Ta’al itu dialu-alukan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

Turut sama mengalu-alukan rombongan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dan kakitangan jabatan berkenaan, ahli-ahli Lembaga Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan serta para ahli Sukarelawan Daerah Tutong.

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan Jabatan Daerah Tutong yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas, Dayang Siti Joriahati binti Johari selaku Ketua Bahagian Korporat.

Rombongan bergambar ramai bersama Pemangku Pegawai Daerah Tutong, pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong, ahli-ahli Lembaga Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan serta para ahli Sukarelawan Daerah Tutong.
Rombongan bergambar ramai bersama Pemangku Pegawai Daerah Tutong, pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong, ahli-ahli Lembaga Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan serta para ahli Sukarelawan Daerah Tutong.

Rombongan seterusnya dibawa melawat ke Galeri ‘Satu Kampung Satu Produk’ (1K1P), Daerah Tutong bagi menyaksikan pameran aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diungkayahkan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong.

Selain itu, rombongan juga berkesempatan menyaksikan sendiri hasil warisan budaya dan produk kampung yang terdapat di Galeri 1K1P.

Seterusnya rombongan dibawa melawat ke Galeri 2 bagi mendengar taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong yang disampaikan olh Ahli Lembaga Badan Bahagian Warisan Kesenian dan Kebudayaan, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Rombongan kemudiannya menyaksikan pameran Sukarelawan Daerah Tutong dan diberikan taklimat ringkas mengenai sukarelawan yang disampaikan oleh Ketua Ahli Sukarelawan Daerah Tutong, Awang Muhd Azmi bin Haji Mohd Zain.

Lawatan diakhiri dengan sesi gambar ramai di Mercu Tanda Kenangan Daerah Tutong.

Lawatan bertujuan untuk mengisi masa lapang para belia yang mengikuti lawatan dengan projek atau aktiviti Belia Takmir Masjid sempena cuti penggal persekolahan, di samping untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan Jabatan Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA