Belia Masjid Kg Masin hadiri forum

Belia Masjid Kg Masin hadiri forum

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Untuk melahirkan generasi belia yang berwawasan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Masin telah mengadakan Majlis Forum Belia sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Masjid Kampung Masin itu ialah Ketua Bahagian Syiar Islam, KHEU, Haji Idris bin Haji Aji.

Forum tersebut menjemput tiga orang panel yang terdiri daripada Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Ali Yusri, Awang Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit dan Hilman bin Haji Salim.

Antara belia yang mengikuti forum itu.
Antara belia yang mengikuti forum itu.

Forum antara lain menyentuh mengenai kesedaran diri dan kesihatan, menjaga solat fardu Subuh, pembacaan Al-Quran, akhlak, bersedekah, menghormati dan mencontohi warga emas serta banyak lagi.

Melaluinya juga diharapkan dapat melahirkan belia berwawasan dan mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.

ARTIKEL YANG SAMA