Belia masjid lawat balai bomba

Belia masjid lawat balai bomba

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 25 Mac – Bersempena cuti penggal persekolahan pertama ini, seramai 20 orang belia Masjid Rancangan Perpindahan Negara (RPN) Bukit Beruang Tutong telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba Bukit Beruang Tutong, pagi tadi.

Lawatan rombongan masjid diketuai oleh Bilal Masjid RPN Bukit Beruang, Awang Padini bin Taai.

Rombongan lawatan dialu-alukan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tutong, Supt Awang Tahir bin Haji Moktal bersama para pegawai dan anggota Balai Bomba Bukit Beruang, Tutong.

Rombongan belia Masjid RPN Bukit Beruang Tutong bergambar ramai bersama Supt Awang Tahir dan para pegawai serta anggota Balai Bomba Bukit Beruang.
Rombongan belia Masjid RPN Bukit Beruang Tutong bergambar ramai bersama Supt Awang Tahir dan para pegawai serta anggota Balai Bomba Bukit Beruang.

Lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai fungsi dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan seterusnya mengajar para belia mengenai tatacara penggunaan hos semasa berlakunya kebakaran. Dalam lawatan tersebut, rombongan juga diberi peluang menaiki jentera bomba.

Tujuan lawatan diadakan adalah bagi mengisi masa lapang para belia, serta memberikan pengetahuan mengenai cara-cara mengawal kebakaran, dan memberi peluang kepada para belia mendekati keperluan bagi pihak bomba dan penyelamat semasa berlakunya kebakaran.

ARTIKEL YANG SAMA