Belia pelajari adat resam

Belia pelajari adat resam

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 2 Sept – Bagi menyemai kesedaran pentingnya warisan negara yang perlu dipertahankan, Kumpulan BPY 41 yang terdiri daripada bekas peserta Kapal belia Asia Tenggara dan Jepun ke-41, mengadakan aktiviti membabitkan penyemaian budaya dan adat resam lama dalam kalangan belia di Dewan Serba Guna Kampus IBTE Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) hari ini.

Seramai 80 orang belia terdiri daripada pelajar maktab itu menyertai aktiviti mempelajari adat resam negara termasuklah tarian tradisi iaitu tarian Aduk-Aduk dari Puak Kedayan, menambat dastar dan menapih sinjang.

Menurut Ketua Belia Kumpulan BPY 41, Haji Mohammad Paizzal bin Haji Piluk, program ini diungkayahkan kepada tiga peringkat iaitu pelajar-pelajar di sekolah menengah, pelajar PTE (Pengajian Tingkat Enam) dan pelajar di institusi pengajian tinggi.

“Hasil idea ini adalah dari perbincangan untuk mengadakan aktiviti yang boleh menyatupadukan belia, untuk meningkatkan semangat kecintaan terhadap budaya, adat dan tradisi masyarakat kitani yang ada di negara ini, kerana seperti titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan, jikalau bukan kita sebagai belia meneruskan adat budaya resam kitani, siapakah lagi?” kata beliau.

Beberapa orang pelajar mencuba cara menapih sinjang.
Beberapa orang pelajar mencuba cara menapih sinjang.

ARTIKEL YANG SAMA