Belize sedia hadapi bencana

Belize sedia hadapi bencana

PUERTO BARIOS, Guatemala, 4 Ogos – Satu hurikan yang memperoleh kekuatan tatkala ia melanda masuk dari Caribbean mengugut akan membawa banjir dan runtuhan lumpur di Belize hari ini selepas mendarat di tengah malam, pegawai mengingatkan.

Hurikan Earl sedang membawa angin dengan kelajuan 130 kilometer sejam, kata Pusat Hurikan Nasional AS (NHC).

Pusatnya dijangka melanda Bandar Belize, ibu negeri negara Amerika Tengah, pada kira-kira tengah malam Rabu.

Hujan lebat yang dibawanya “mungkin mengakibat banjir kilat dan runtuhan lumpur terutamanya di kawasan bumi yang lebih tinggi,” kata Persatuan Pengurusan Kecemasan Nasional Belize dalam satu buletin.

“Untuk kawasan pantai, juga timbulnya risiko banjir, terutamanya di kawasan rendah.”

Berhampiran Guatemala, Honduras dan selatan Mexico juga mengeluarkan amaran. Lapangan terbang di utara Honduras ditutup.

Lingkaran ribut telahpun menurunkan hujan di Belize selepas menenggelami Guatemala dan Bay islands di Honduras di Caribbean. – AFP