Bellerin tandatangani kontrak baru bersama Arsenal

Bellerin tandatangani kontrak baru bersama Arsenal

LONDON, 22 Nov – Pemain pertahanan Hector Bellerin, yang telah dikaitkan dengan pemindahan bayaran besar ke Manchester City dan Barcelona, telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal, menurut kelab London itu hari ini.

Arsenal bagaimanapun tidak menyatakan tempoh kontrak pemain kebangsaan Sepanyol itu namun media Britain melaporkan pemain bek kanan berusia 21 tahun itu telah melanjutkan keberadaannya bersama Gunners bagi tempoh enam tahun.

“Saya amat-amat gembira dan kelab ini adalah rumah saya ketika ini,” ujar Bellerin.

“Saya telah berada di sini untuk lebih daripada lima tahun, jadi saya begitu teruja apabila kelab memberitahu saya mereka mahu melanjutkan kontrak saya.”

Dia menambah: “Saya tidak memikirkan hal lain selain untuk terus berada di sini dan meneruskan pembangunan saya di sini. Saya gembira di sini. Saya begitu bersyukur dan gembira kerana ditandatangani semula.”

Hector Bellerin melanjutkan kontraknya bersama Arsenal untuk tempoh jangka masa panjang. – AFP
Hector Bellerin melanjutkan kontraknya bersama Arsenal untuk tempoh jangka masa panjang. – AFP

Bellerin ketika ini diketepikan daripada sebarang perlawanan akibat kecederaan buku lali dan tidak akan beraksi pada aksi Liga Juara-Juara menentang Paris Saint Germain pagi Khamis ini.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger, yang sejak kebelakangan ini kehilangan pemain-pemain utam kepada musuh Liga Perdana City, bulan lepas memuji pembangunan Bellerin berikutan penampilan sulung sepanjang perlawanan ketika menentang Borussia Dortmund pada Liga Juara-Juara 2014.

Bellerin menyertai Arsenal dari Barcelona dan juga dikaitkan dengan kembali semula ke Camp Nou.

Dia membuat 44 penampilan bagi Arsenal pada musim 2015/16 dan adalah sebahagian ahli skuad Sepanyol pada Euro 2016. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA