Bellew dilantik CEO MAB

Bellew dilantik CEO MAB

KUALA LUMPUR, 30 Jun (AFP) – Malaysia Air-lines, yang telah berjuang sejak bencana berkembar yang menimpa pesawatnya pada tahun 2014, telah melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif baru, Peter

Bellew (gambar) sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB), mengambil alih jawatan itu daripada Christoph Mueller, berkuatkuasa 1 Julai 2016.

Bellew, yang kini Ketua Pegawai Operasi MAB dan Pengarah Eksekutif MAG dan MAB, juga dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO MAG.

Peter Bellew, kini ketua pegawai operasi syarikat penerbangan itu dan bekas pengarah operasi penerbangan Ryanair, akan mengambil alih berkuat kuasa Jumaat.

“Pelantikan beliau akan memastikan kesinambungan dan kemajuan usaha penyusunan semula secara keseluruhan,” berkata, dana pelaburan negara Khazanah Nasional dalam satu kenyataan.

pg19_160701_b

Christoph Mueller, yang telah dilantik pada tahun lepas, melancarkan pelan penyelesaian yang melibatkan pemotongan 6,000 pekerjaan dan secara dramatik mengurangkan rangkaian laluan penerbangan itu.

Khazanah mengambil Malaysia Airlines pada tahun 2014, sebagai sebahagian daripada pelan 6.0 bilion ringgit (AS$1.5 bilion) untuk membantu ia kembali meraih keuntungan.

Bencana dahsyat MH370 dan MH17 pada tahun 2014 mendorong syarikat penerbangan itu mengalami kerugian secara terus-terusan ke ambang kebankrapan.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac tahun itu, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Empat bulan kemudian, MH17 ditembak di udara yang disyaki peluru berpandu buatan Rusia ketika mana Ukraine ketika itu dilanda perang, membunuh semua 298 penumpang dan anak kapal.