Belon yang boleh ditelan berkesan kawal obesiti

PARIS, 18 Mei – Belon yang boleh ditelan untuk menurunkan berat badan berbanding memasukkan ke dalam perut melalui pembedahan, telah menunjukkan selamat dan berkesan dalam percubaan awal, menurut penemuan yang didedahkan hari ini pada satu persidangan perubatan.

Belon yang digelar belon intragastrik telah digunakan selama berdekad-dekad lamanya untuk membantu para pesakit obes untuk membuang berat badan mereka. Dikembungkan dengan air, alat ini menyekat kelaparan dan menjadikan diet lebih mudah dengan menyebabkan rasa kenyang.

Bagaimanapun sehingga kini, ia hanya boleh dimasukkan ke dalam perut dengan pembedahan, satu prosedur yang mahal yang memerlukan anestesia atau sedatif.

Kajian awal mengesahkan bahawa sejenis belon perubatan yang boleh ditelan ternyata berkesan untuk mengawal atau merawat obesiti. – AFP
Kajian awal mengesahkan bahawa sejenis belon perubatan yang boleh ditelan ternyata berkesan untuk mengawal atau merawat obesiti. – AFP

Dalam percubaan kecil diketuai oleh Roberta Ienca, seorang penyelidik dalam perubatan uji kaji di Universiti Sapienza di Rome, 42 pesakit obes, 29 lelaki dan 13 wanita telah dipasangkan dengan belon itu yang dimakan sebelum dikembangkan dengan cecair.

“Kateter dipasang pada belon, yang dilipat menjadi kapsul,” Ienca menjelaskan kepada AFP.

Seorang doktor mengisi belon melalui tiub kecil, yang kemudian dikeluarkan melalui mulut dengan ditarik,” Proses ini hanya mengambil masa beberapa saat,” tambahnya. – AFP