Belum ada penawar sebenar HIV

Belum ada penawar sebenar HIV

DURBAN, Afrika Selatan, 19 Julai – Para penyelidik hari ini memuji kemajuan yang dilaksanakan ke arah penghasilan ubat penawar HIV, namun berkata ia adalah mustahil untuk memberitahu bila atau malah jika ia ubat bagi epidemik memusnahkan itu akan ditemui.

Kira-kira 18,000 delegasi dari seluruh dunia telah berkumpul di bandar pesisir Durban bagi Persidangan AIDS Antarabangsa ke-21 di mana perkembangan terkini dalam penyelidikan telah dibentangkan.

Minggu lalu, para saintis telah mendedahkan strategi agresif untuk membangunkan penawar sebenar, namun mereka yang berada di Durban memberi amaran ia masih lagi satu bidang penyelidikan yang masih mentah.

“Penawar sebenar adalah satu matlamat aspirasi,” kata ketua pengarang bagi strategi, Profesor Sharon Lewin.

Aktres Afrika Selatan, Charlize Theron ketika menyampaikan ucapannya pada sesi plenari Persidangan AIDS Antarabangsa ke-21 di Durban pada 18 Julai. – AFP
Aktres Afrika Selatan, Charlize Theron ketika menyampaikan ucapannya pada sesi plenari Persidangan AIDS Antarabangsa ke-21 di Durban pada 18 Julai. – AFP

Menurutnya, remission – keupayaan bagi seorang pesakit untuk mengambil rawatan anti-retroviral dan kekal sihat – adalah matlamat pertengahan.

“Kami tidak tahu bila kami akan mendapat penawarnya dan jika kami akan memiliki penawarnya,” kata penerima anugerah Nobel Perubatan, Francoise Barre-Sinoussi, yang pada 1983 membantu mengenal pasti human immuodeficiency virus (HIV) yang mengakibatkan AIDS. “Kami percaya bahawa kami akan dapat remission yang mapan,” ujarnya.

“Ia bukanlah untuk mengatakan penawarnya adalah mustahil, hanya mengatakan untuk mendapatkan penawar sebenarnya adalah sangat, sangat sukar.” – AFP