Belum ada pengesahan

Belum ada pengesahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Berita mengenai penahanan seorang lelaki warga Brunei Darussalam yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengganasan di Riyadh, Arab Saudi oleh akhbar online, Saudi Gazette didapati tersebar secara berleluasa dalam media sosial hari ini.

Kerajaan melalui Jawatankuasa Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan telah dan sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengesahkan kesahihan laporan berkenaan.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Negara, yang dikeluarkan di sini hari ini, pihak Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Riyadh dan Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Arab Saudi mengesahkan tidak ada warganegara Brunei yang berdaftar diketahui terlibat.

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji juga mengesahkan tidak ada jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang terlibat. Set akat ini, pihak Jawatankuasa Keselamatan Negara tidak ada menerima sebarang maklumat yang mengesahkan kesahihan laporan itu.

ARTIKEL YANG SAMA