Belum masa fikirkan kejuaraan – Pellegrini

Belum masa fikirkan kejuaraan – Pellegrini

FBL-EUR-C1-MAN CITY

LONDON, 3 Nov (AFP) – Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini (gambar) enggan memikirkan kemampuan pasukannya untuk menjuarai Liga Juara-Juara, musim ini.

Apa yang lebih penting bagi Pellegrini adalah kemampuan anak buahnya beraksi dengan baik.

“Belum masa untuk memikirkan gelaran juara. Saya hanya berfikir bagaimana pasukan boleh bermain dengan lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun akui Pellegrini, The Citizens memerlukan gelaran Liga Juara-Juara bagi memperkukuhkan kedudukan mereka selaku jaguh Eropah.

“Gelaran juara Liga Juara-Juara itu penting. Ia menjadi penilai untuk pasukan anda sama ada jaguh atau pun tidak,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA