Belum terlambat uruskan kewangan – Dayang Rozielawati

Belum terlambat uruskan kewangan – Dayang Rozielawati

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Adalah masih belum terlambat untuk seseorang itu menguruskan kewangan mereka, demikian menurut Pegawai Unit Pengurusan Kekayaan (WMU) Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Dayang Rozielawati binti Haji Jamil.

Beliau yang juga Perancang Kewangan Islam bertauliah berkata demikian dalam taklimat Perancangan Kewangan kepada kira-kira 60 orang kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama di Dewan Setia Pahlawan kementerian itu hari ini.

Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada tujuan BIBD untuk meningkatkan kesedaran mengenai manfaat pengurusan kewangan yang lebih baik, sementara pada masa yang sama, menggariskan kepentingan bagi meningkatkan kesedaran bagi celik kewangan di Negara Brunei Darussalam.

Beliau kemudian menyentuh mengenai pemahaman paten perbelanjaan dan keperluan berbeza, memetik perbezaan di antara keperluan dan kemahuan, bersama dengan faedah berjimat terlebih dahulu sebelum membelanjakan gaji mereka.

Para peserta juga diberikan penerangan mengenai bagaimana cara terbaik menguruskan hutang mereka dan bagaimana untuk menyediakan diri mereka bagi sebarang kejadian yang tidak dijangka dengan mempunyai tabung kecemasan.

Dayang Rozielawati ketika menyampaikan taklimat di hadapan kira-kira 60 orang kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama di Dewan Setia Pahlawan kementerian tersebut kelmarin.
Dayang Rozielawati ketika menyampaikan taklimat di hadapan kira-kira 60 orang kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama di Dewan Setia Pahlawan kementerian tersebut kelmarin.
Sebahagian kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama tekun mendengar majlis taklimat berkenaan.
Sebahagian kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama tekun mendengar majlis taklimat berkenaan.

Beliau menasihatkan bahawa tabung kecemasan seharusnya mempunyai peruntukan sekurang-kurangnya tiga sehingga enam bulan dari perbelanjaan setiap bulan, dan akan dibangunkan dengan memperuntukkan setiap bulan sehingga jumlah yang dimahukan bagi tabung kecemasan dicapai (lebih banyak lebih baik).

Dayang Rozielawati juga mengambil peluang untuk memaklumkan para peserta mengenai perancangan kewangan dari perspektif Islam, melibatkan zakat dan pengagihan kemewahan seperti Wasiat Islam (Wassiyah), pemberian (Hibah), Amanah dan Waqaf.

Taklimat tersebut diteruskan dengan memperkenalkan dan penerbangan mengenai produk-produk terbaru BIBD dan perkhidmatan dan berakhir dengan sesi soal-jawab bersama dengan individu secara sesi bersemuka bersama Pekerja Bank BIBD yang membolehkan peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertanyaan kewangan mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sebarang perkhidmatan pengurusan kemewahan BIBD bersama dengan produknya, perkhidmatan lain dan promosi, bolehlah melayari akaun Instagram BIBD di @BIBDBRUNEI; laman Facebook www.facebook.com/bibdbrunei; boleh menghubungi Pusat Pemedulian BIBD di 2238181 atau mengunjungi Cawangan BIBD terdekat.

Juga, jangan lupa untuk memuat turunkan Aplikasi Telefon Bimbit BIBD untuk mendapatkan tawaran terkini BIBD dan promosi di bawah ciri “What’s New”.

Orang ramai yang mahu untuk memahami lebih lagi aktiviti di bawah Pengurusan Kemewahan BIBD bagi sesi Perancangan Kewangan Islam boleh menghantarkan e-mel kepada wmu@bibd.com.bn

ARTIKEL YANG SAMA