Ben Arfa opti...

Ben Arfa optimis dengan masa depan

GAMMARTH, Tunisia, 4 Jan – Midfield Paris Saint Germain Hatem Ben Arfa semalam berkata dia mempunyai masa depan di Parc des Princess biarpun beraksi sedikit sejak perpindahannya dari Nice.

“Saya yakin dengan masa depan saya,” kata bekas pemain Newcastle dan antarabangsa Perancis itu selepas beberapa permainan mengejutkan ke atas Cote d’Azur musim lalu yang membolehkannya untuk berpindah ke Paris, tetapi hanya menghabiskan kebanyakan masanya di bangku simpanan.

“Enam bulan pertama sedikit sukar tetapi itu adalah kehidupan. Terdapat cabaran. Anda perlu menerimanya dan terus bertahan.

“Anda tidak seharusnya menyerah kalah walaupun ketika banyak perkara tidak berjalan dengan baik,” kata Ben Arfa di Tunis, di mana PSG masih menikmati cuti musim sejuk.

Tetapi peluang Ben Arfa untuk berada dalam kesebelasan utama dilihat masih jauh berbanding selepas PSG mendapatkan Giovanni Lo Celso dari Argentina dan bintang Jerman Julian Draxler.

Kapten pasukan Thiago Silva berkata dia gembira melihat ketibaan pemain baru, terutama ketika rentak PSG tidak konsisten sehingga menyaksikan mereka menggelongsor ke tangga ketiga dalam carta Ligue 1 Perancis.

“Adalah benar enam bulan pertama dalam liga cukup sukar. Tetapi kami mempunyai kualiti untuk mengubahnya. Semangat ada di sana dan dua pemain yang tiba akan banyak membantu kami,” kata pemain dari Brazil itu.

Bekas pasukannya Nice mengungguli kedudukan dengan kelebihan enam mata di depan pasukan ibu negara itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA