Benarkan mata wang merosot, kekal kompetitif

Benarkan mata wang merosot, kekal kompetitif

LONDON, 23 Ogos (AFP) – Ekonomi membangun dunia membenarkan mata wang mereka merosot dalam usaha untuk kekal kompetitif, ekoran penurunan nilai yuan China dan kekuatan dolar ketika menjangka kenaikan kadar Amerika Syarikat.

Mata wang negara membangun di Asia telah terjejas dalam beberapa minggu ini daripada spekulasi pasaran mengatakan Simpanan Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini – kemungkinan pada September.

Menurut penganalisis Societe Generale Kit Juckes, negara berkenaan “bimbang berlakunya aliran keluar modal yang berterusan sekiranya Persekutuan menambah kadar pada bulan depan, serta kebimbangan kelemahan yuan seterusnya dan kebimbangan mengenai kelembapan pertumbuhan global” – kesemuanya memperkukuh dolar, euro dan yen.

Faktor lain, termasuk harga merosot minyak dan gas asli – eksport yang diharapkan oleh kebanyakan ekonomi membangun – juga menurunkan mata wang atau mendorong kerajaan membenarkan nilai mereka merosot.