Benarkan wanita memandu

Benarkan wanita memandu

RIYADH, 30 Nov – Putera jutawan Arab Saudi yang bersifat berterus terang telah menggesa bagi penamatan ‘segera’ tegahan ke atas wanita memandu di negara beliau.

“Berhenti berdebat: Masa untuk wanita memandu,” Putera Alwaleed bin Talal berkata di akaun rasminya di Twitter, @Alwaleed_Talal.

Alwaleed adalah anggota kerabat diraja Saudi yang bersifat berterus terang yang tidak memegang jawatan politik tetapi mempengerusikan Kingdom Holding Co, yang kepentingannya termasuklah perbankan gergasi AS, Citigroup dan taman tema Euro Disney.

Alwaleed, seorang dermawan merupakan penyokong lama hak asasi wanita di negara beraja itu, yang mempunyai beberapa pengetatan kuat di dunia dan adalah satu-satunya negara yang mana wanita tidak dibenarkan memandu.

Bersama dengan penghantaran ringkas beliau di Twitter, pejabat Alwalled telah mengeluarkan kenyataan semalam yang menggariskan alasannya bagi sokongan penamatan tegahan itu.

“Menghalang wanita daripada memandu kereta hari ini adalah isu hak asasi yang serupa dengan yang menghalang wanita dari menerima pendidikan atau mempunyai identiti bebas,” Alwaleed berkata dalam kenyataan.

“Semua itu adalah tindakan adil oleh masyarakat tradisional, jauh lebih terbatas dari apa yang dibenarkan dari segi undang-undang ajaran agama.”

Beliau juga membutirkan ‘kos ekonomi’ akibat wanita yang terpaksa bergantung pada pemandu persendirian ‘asing’ atau teksi.

Meskipun suami-suami mereka boleh mengambil masa keluar untuk membawa mereka, itu memerlukan keluar sementara dari pejabat dan “menjejaskan produktiviti tenaga kerja,” katanya lagi.

“Adanya wanita memandu menjadi tuntutan sosial segera berdasarkan keadaan ekonomi hari ini.”

Hasil minyak Arab Saudi jatuh 51 peratus tahun lalu ekoran kejatuhan harga sejagat yang terus pada kadar kurang separuh dari tahap dua tahun lalu.

Akibatnya, kerajaan telah melambatkan projek-projek besar, mengurangkan perbelanjaan dan menaikkan harga perkhidmatan harian termasuklah air dan elektrik.

Negara beraja itu pada April lalu mengumumkan rancangan wawasan 2030 untuk mempelbagaikan ekonominya yang bergantung pada minyak dan menggaji lebih ramai warga Saudi, termasuklah wanita.

Dalam mendedahkan rancangan itu, Timbalan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, 31 tahun berkata perubahan sosial tidak boleh dipaksa.

Berhubung wanita memandu, katanya “Setakat ini masyarakat tidak memujuk, tetapi kami menekankan bahawa terpulang kepada masyarakat Saudi.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA