Bencana alam Nepal korbankan 33 jiwa

Bencana alam Nepal korbankan 33 jiwa

KATHMANDU, 27 Julai – Sekurang-kurangnya 33 orang telah terkorban dalam kejadian banjir dan tanah lumpur yang dicetuskan oleh hujan lebat di Nepal dan berdozen lagi hilang, menurut seorang pegawai kerajaan hari ini.

Hujan lebat monsun telah melimpahkan sungai-sungai di seluruh negara itu, mengakibatkan banjir dan tanah runtuh yang telah memusnahkan beberapa buah rumah.

Dua kanak-kanak telah terkorban apabila sebuah sekolah di ibu negara sebahagiannya mengalami keruntuhan.

“Sejak Isnin, 33 orang telah terkorban dan 23 orang lagi hilang disebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa buah daerah,” jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nath Dhakal memberitahu AFP.

Antara kawasan yang teruk terjejas oleh banjir di Nepal. – AFP
Antara kawasan yang teruk terjejas oleh banjir di Nepal. – AFP

Para penyelamat menggunakan helikopter dan bot-bot getah untuk memindahkan ratusan orang daripada kampung-kampung yang terjejas.

“Kami dalam kewaspadaan tahap tinggi dan pasukan kami bekerja sepanjang malam dalam operasi-operasi mencari dan menyelamat,” ujar Dhakal.

Beberapa orang mati setiap tahun dari kejadian banjir dan tanah runtuh ketika hujan monsun di Nepal dan negara jiran India.

Jutaan penduduk Nepal masih tinggal di khemah-khemah atau pondok sementara selepas gempa bumi hebat tahun lepas yang telah mengorbankan hampir 9,000 orang. – AFP