Bencic terus buat kejutan

Bencic terus buat kejutan

TORONTO, Kanada, 17 Ogos (AFP) – Pemain remaja Switzerland, Belinda Bencic memenangi Piala Roger WTA, di sini, selepas lawannya di final, Simona Halep menarik diri pada saingan set ketiga, semalam.

Pilihan kedua kejohanan dari Romania itu menarik diri ketika ketinggalan pada set penentuan 7-6 (7/5), 6-7 (4/7), 3-0. Bencic sebelum ini menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Serena Williams di peringkat separuh akhir 3-6, 7-5, 6-4.

Williams, pemenang 21 gelaran grand slam, tewas buat kali kedua pada tahun ini kepada pemain berusia 18 tahun itu, tatkala pemain paling muda dan tua bertarung dalam perlawanan penuh sengit itu.

Bencic adalah pemain paling muda menewaskan Williams, 33, sejak dia menerima nasib sama kepada Maria Sharapova pada saingan Wimbledon tahun 2014, tatkala lawannya itu hanya berusia 17 tahun.

Bencic memegang trofi Kejuaraan Piala Rogers di Aviva Centre, Toronto, Kanada semalam selepas Halep menarik diri akibat kepanasan. – AFP
Bencic memegang trofi Kejuaraan Piala Rogers di Aviva Centre, Toronto, Kanada semalam selepas Halep menarik diri akibat kepanasan. – AFP

Remaja dari Switzerland itu memenangi 20 daripada 24 aksinya termasuk menewaskan dua pemain ranking 10 dunia, (Caroline Wozniacki dan Ana Ivanovic) untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan.

Pada saingan final nanti, dia bakal berentap dengan Simona Halep yang sebelum itu mengenepikan cabaran pemain Itali, Sara Errani dengan keputusan 6-4, 6-4

Bencic yang berusia 18 tahun itu sudah memenangi 21 daripada 25 aksinya minggu ini termasuk menewaskan empat daripada 10 pemain terbaik dunia.

ARTIKEL YANG SAMA