Bencic ungguli Eastbourne

Bencic ungguli Eastbourne

EASTBOURNE, United Kingdom, 28 Jun (AFP) – Belinda Bencic menewaskan Agnieszka Radwanska 6-4, 4-6, 6-0 di di Kejohanan Antarabangsa Eastbourne semalam untuk memenangi gelaran pertama sepanjang kerjayanya dan memuji pengaruh pesaing bintang Martina Hingis.

Kejayaan menjulang trofi bagi pemain berusia 18 tahun dari Switzerland itu menafikan gelaran kedua pemain pilihan kesembilan Poland dan finalis Wimbledon 2012 di Devonshire Park di pesisir selatan England.

Bencic, yang dilatih secara sementara oleh Hingis dan ibunya, Melaine Molitor, beraksi dalam pertandingan akhir ketiga sepanjang kerjayanya.

Dia tewas bulan ini di gelanggang rumput di Hertogenbosch, Belanda kepada Camila Giorgi dari Itali. Pemain muda itu memuji pasukan Hingis kerana mengajarnya segala apa yang dia tahu.

“Martina memberikan saya banyak nasihat yang bagus, bukan minggu ini tetapi sepanjang masa. Saya juga berlatih bersama ibunya, jadi dia jurulatih saya apabila saya pulang. Sudah tentu mereka mempunyai pengaruh besar dalam permainan saya.”

Belinda Bencic bergambar bersama trofi selepas menewaskan Agnieszka Radwanska dalam Kejohanan Antarabangsa Eastbourne semalam. - AFP
Belinda Bencic bergambar bersama trofi selepas menewaskan Agnieszka Radwanska dalam Kejohanan Antarabangsa Eastbourne semalam. – AFP

Bencic bermula dengan tiga break pada set ketiga untuk kedudukan 5-0 ketika dia menyudahkan tugasan itu ke atas juara Eastbourne 2008 dengan pukulan kemenangan.

“Ini adalah hari terbesar sepanjang kerjaya saya,” kata pemain nombor 31 dunia itu yang naik 10 anak tangga selepas menjulang trofi itu.

“Inilah impian menjadi kenyataan. Saya merasa gembira memenangi gelaran pertama. Saya bangun dengan perasaan gentar pagi ini dan, dalam latihan saya merasa gentar. Tetapi apabila di gelanggang, saya cuba untuk berjuang bagi mendapatkan setiap mata, saya mencuba yang terbaik.”

Bencic, yang selesai dengan 41 kemenangan dan 22 unforced error, memenangi set pembukaan kurang daripada satu jam.