Bendera kebangsaan berkibar di keempat-empat daerah

Bendera kebangsaan berkibar di keempat-empat daerah

Oleh Salawati Haji Yahya, Normazlina M.D, Hajah Saemah Kepli & Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Gambar oleh Muiz Matdani, Normazlina M.D, Hajah Saemah Kepli & Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Selepas Upacara Pengibaran Bendera Negara di ibu negara, pagi tadi, Upacara Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun diadakan dengan penuh adat istiadat di keempat-empat daerah bagi menandakan bermulanya sambutan perayaan pada tahun ini.

Di setiap daerah, pegawai daerah, pemangku pegawai daerah dan penolong pegawai daerah mengetuai perarakan membawa masuk bendera yang hendak dikibarkan sebelum diserahkan kepada tetamu kehormat majlis yang kemudiannya menyerahkan kepada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Kemudian majlis-majlis menyaksikan tetamu kehormat mengagihkan bendera-bendera kepada para penghulu mukim untuk dikibarkan di mukim masing-masing.

Di Daerah Brunei dan Muara, majlis berlangsung di kawasan letak kereta Jabatan Daerah Brunei dan Muara di mana Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar mengagihkan bendera-bendera kebangsaan kepada 17 orang penghulu mukim dengan diiringi oleh ketua-ketua kampung.

Nyanyian lagu kebangsaan bagi mengiringi upacara menaikkan bendera telah dilaungkan oleh pasukan koir Jabatan Daerah Brunei dan Muara

Datin Paduka Hajah Suriyah menyampaikan bendera-bendera kepada penghulu-penghulu mukim di Daerah Brunei dan Muara.
Datin Paduka Hajah Suriyah menyampaikan bendera-bendera kepada penghulu-penghulu mukim di Daerah Brunei dan Muara.
Datin Paduka Hajah Suriyah menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam kepada Pasukan Polis Diraja Brunei.
Datin Paduka Hajah Suriyah menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam kepada Pasukan Polis Diraja Brunei.
Bergambar ramai bersama Dr Hajah Romaizah di kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Bergambar ramai bersama Dr Hajah Romaizah di kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Di Daerah Tutong pula, upacara berlangsung di kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong dan hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi mengagihkan bendera kebangsaan kepada para penghulu dan pemangku penghulu mukim di daerah berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

Kumpulan Koir Belia Daerah Tutong melaungkan lagu kebangsaan bagi mengiringi upacara menaikkan bendera di daerah ini.

Taman Persiaran Cendera Kenangan Jalan Sungai, Kuala Belait, pula menjadi tumpuan upacara di Daerah Belait dengan dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Teknikal dan Professional) di Kementerian Pembangunan, Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny selaku tetamu kehormat majlis.

Awang Eddie menyerahkan bendera kepada penghulu-penghulu mukim di Daerah Belait.
Awang Eddie menyerahkan bendera kepada penghulu-penghulu mukim di Daerah Belait.

Nyanyian lagu kebangsaan di daerah ini dilaungkan oleh pasukan koir yang terdiri daripada gabungan penuntut-penuntut Sekolah Menengah Perdana Wazir Kuala Belait, Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan Sekolah Menengah Sayyidina Ali Kuala Belait.

Di daerah ini, konvoi pembawa bendera disertai ahli-ahli Persatuan Pengembara Daerah Belait, Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB), Kumpulan TTK 4×4 Kuala Belait, Kumpulan XPDC Bermotor Daerah Belait dan Kumpulan Pemilik Skuter Daerah Belait yang telah memulakan konvoi dari Balai Bomba Sungai Liang dan melalui jalan-jalan strategik di daerah berkenaan sebagai cara untuk memberigakan kepada seluruh penduduk supaya mengibarkan bendera di rumah-rumah dan syarikat masing-masing.

Acara kemuncak Majlis menaikan Bendera Sempena Sambutan Perayaan UlangTahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusslam ke-70 tahun bagi Daerah Belait.
Acara kemuncak Majlis menaikan Bendera Sempena Sambutan Perayaan UlangTahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusslam ke-70 tahun bagi Daerah Belait.
Dr. Haji Abd Manaf menyerahkan bendera kepada Penghulu Mukim Labu, Daerah Temburong.
Dr. Haji Abd Manaf menyerahkan bendera kepada Penghulu Mukim Labu, Daerah Temburong.

Sementara itu, hadir selaku tetamu kehormat majlis pada upacara di Daerah Temburong yang berlangsung di kawasan lapang Jeti Pekan Bangar ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

Nyanyian lagu kebangsaan pada upacara di daerah ini pula dilaungkan oleh Kumpulan Koir Warga Jabatan Daerah Temburong.

Turut hadir di majlis-majlis berkenaan ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta para pegawai dan kakitangan kerajaan di setiap daerah.