Bendera kebangsaan mula berkibar di seluruh negara

Bendera kebangsaan mula berkibar di seluruh negara

Oleh Imelda Groves HA, Normazlina M.D, Hajah Saemah Kepli & Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 bermula hari ini dengan Upacara Menaikkan Bendera Besar di ibu negara dan disusuli dengan Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam di keempat-empat daerah.

Di Daerah Brunei dan Muara, majlis berlangsung di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, yang dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Majlis telah didahului dengan perarakan masuk pasukan pembawa bendera untuk diserahkan kepada tetamu kehormat, yang kemudian menyerahkannya kepada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaik-kibarkan dengan iringan lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan oleh Koir Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Pada majlis itu, Awang Misle turut menyempurnakan pengagihan bendera kepada para penghulu mukim di daerah ini serta sijil-sijil penghargaan kepada yang terlibat.

Salah seorang daripada 17 penghulu mukim menerima bendera yang diagih-agihkan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.
Salah seorang daripada 17 penghulu mukim menerima bendera yang diagih-agihkan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.
Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong menyerahkan bendera kepada tetamu kehormat lalu disampaikan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei.
Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong menyerahkan bendera kepada tetamu kehormat lalu disampaikan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei.
Bendera kebangsaan mula berkibar megah.
Bendera kebangsaan mula berkibar megah.

Manakala itu, di Daerah Tutong, majlis berlangsung di Dataran Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong dan dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

Rombongan pembawa bendera diketuai oleh Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya, yang diiringi oleh Pasukan Serunai dan Tambur Jabatan Penjara, anggota Sukarelawan Daerah Tutong, Pasukan Daerah Kadet Tentera ABDB, Mahad Islam Brunei, Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei, Persatuan Pengakap Daerah Tutong dan Peserta Program Belia Cinta Tanah Air (PBCTA).

Bendera kebangsaan telah diserahkan oleh Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong kepada tetamu kehormat yang kemudian menyerahkannya kepada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaikkan.

Majlis turut disemarakkan dengan lagu ‘Berkibarlah Bendera’ oleh kumpulan koir penuntut Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong.

Haji Adnan turut menyerahkan bendera negara kepada para penghulu dan pemangku penghulu mukim serta kepada Awang Muhammad Khairuddin bin Abdul Khalid selaku wakil perserta PBCTA.

Sejurus selepas majlis penyerahan bendera, sekumpulan 18 orang belia PBCTA yang diketuai oleh Ketua Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Tutong, Awang Kamil bin Awang Lamat, kemudian berarak membawa bendera kebangsaan menuju ke beberapa buah rumah terpilih di Berek Kerajaan, Bukit Bendera.

Bendera negara yang diserahkan kepada lapan buah rumah terpilih itu telah dinaikkan di depan rumah penerima.

Manakala itu, di Daerah Belait upacara berlangsung di Taman Persiaran Cendera Kenangan (TPCK) yang dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib yang turut menyempurnakan pengagihan bendera-bendera kepada para penghulu mukim dan wakil peserta PBCTA di daerah ini.

Awang Hasmiron menyerahkan bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap.
Awang Hasmiron menyerahkan bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap.
Antara yang hadir ke Majlis Menaikkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Belait, kelmarin.
Antara yang hadir ke Majlis Menaikkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Belait, kelmarin.

Bagi daerah ini, konvoi pembawa benderan diketuai oleh pegawai tugas-tugas khas tingkat 11, Jabatan Daerah Belait dan disertai oleh ahli-ahli Persatuan Pengembara Daerah Belait, Persatuan Kereta Tahan Lasak, Persatuan TTK 4×4, dan Persatuan Pemilik Skuter Daerah Belait.

Perarakan konvoi bermula di Balai Bomba Sungai Liang menuju ke Taman Tudung Saji melalui jalan-jalan yang strategik sebagai cara untuk memberigakan kepada seluruh penduduk di daerah ini untuk sama-sama menaikkan bendera di kediaman dan syarikat-syarikat masing-masing.

Upacara menaikkan bendera di daerah ini telah diiringi dengan laungan lagu kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” dan lagu “Bendera Negara” oleh penuntut-penuntut Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait.

Pegawai Daerah Temburong menyerahkan bendera kepada Penghulu Mukim Batu Apoi, Haji Matzain bin Haji Awang. – Gambar oleh Norhamizan Haji Mosbi.
Pegawai Daerah Temburong menyerahkan bendera kepada Penghulu Mukim Batu Apoi, Haji Matzain bin Haji Awang. – Gambar oleh Norhamizan Haji Mosbi.
Lagu Allah Peliharakan Sultan berkumandang sejurus bendera kebangsaan dinaikkan di Temburong. – Gambar oleh Norhamizan Haji Mosbi.
Lagu Allah Peliharakan Sultan berkumandang sejurus bendera kebangsaan dinaikkan di Temburong. – Gambar oleh Norhamizan Haji Mosbi.

pg04_160208_i

Sementara itu, penyerahan bendera kepada para penghulu mukim dan wakil PBCTA di Daerah Temburong pada upacara yang berlangsung di kawasan lapang Dermaga, Pekan Bangar pula telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah.

Seperti di daerah-daerah lain, majlis didahului dengan perarakan masuk pasukan pembawa bendera yang diserahkan kepada tetamu kehormat yang kemudian menyerahkannya kepada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan dan lagu patriotik oleh penuntut Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar.