Bendung fahaman radikal agama kalangan mahasiswa

Bendung fahaman radikal agama kalangan mahasiswa

SINTOK, 12 Mei (Bernama) – Kerajaan Indonesia kini berusaha keras membendung fahaman Daesh dan radikal agama daripada bertapak dalam kalangan mahasiswa republik itu yang sedang menuntut di negara ini.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno berkata jika fahaman itu tidak dikawal, ia dikhuatiri akan merebak dalam kalangan mahasiswa yang merupakan golongan muda yang mudah terpengaruh.