Benfica bukan tandingan Napoli

Benfica bukan tandingan Napoli

MILAN, 29 Sept – Arkadiusz Milik menjaringkan gol ketiganya di Liga Juara-Juara dan Dries Mertens menyumbat dua gol bagi Napoli memenangi 4-2 menentang Benfica sekali gus meletakkan kemampuan mereka untuk melangkah ke pusingan 16 terakhir.

Milik, yang menyertai kelab itu sebagai gantian kepada penyerang Juventus, Gonzalo Higuain, menjaringkan dua gol bagi membantu mendahului 2-1 selepas ketinggalan pada mulanya di Dinamo Kiev pada dua minggu lalu di bawah bimbingan Maurizio Sarri.

Sarri yang begitu emosi memberi amaran terhadap tentangan yang bakal diberikan juara Portugis sebelum perlawanan.

Tetapi pemain sensasi berumur 19 tahun Goncalo Guedes menambah masuk gol kedua pada minit ke-85 selepas jaringan Salvio, pasukan pelawat bukanlah tandingannya bagi pemenang tempat kedua Serie A musim lalu dalam usaha menyaksikan rekod tanpa kalah 17 perlawanan untuk berakhir.

“Ketika 4-0, saya sudah gembira dengan pemain, untuk melakukannya bukanlah mudah. “Mereka bukan pasukan lawan yang mudah ditewaskan, jadi kami melakukannya dengan baik.

Arkadiusz Milik berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Benfica di stadium San Paulo, kelmarin. – AP
Arkadiusz Milik berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Benfica di stadium San Paulo, kelmarin. – AP

“Saya cuma kecewa dengan gol bolos yang dijaringkan lewat. Itu lebih kepada kesilapan kami dan ia meninggalkan kesan kerana kami sudah mengawal permainan. Tetapi ia memberi pengajaran kepada kami, ia adalah hukuman yang anda peroleh,” kata Sarri.

Peminat Napoli tidak disajikan aksi Liga Juara-Juara sejak 2013, apabila pasukan yang diketuai oleh Walter Mazzarri tersingkir di belakang Borussia Dortmund dan Arsenal, dan selepas separuh perlawanan berat sebelah, penyokong di stadium San Paolo tidak kecewa.

Milik menguji Julio Cesar dengan catukan hanya selepas 20 saat dan selepas usaha Kostas Mitroglou dinafikan dua kali oleh Pepe Reia dengan bahagian tengah Napoli yang menggerunkan mengatur serangan.

Jose Callejon telah bersedia untuk membidik bola hantaran silang Dries Mertens sehingga Alex Grimaldo cuba campur tangan di sebelah kanan.

Keadaan itu memberikan Napoli satu tendangan sudut dan hantaran Faouzi Ghoulam menemui Marek Hamsik yang sudah dapat membaca laluan bola untuk menewaskan bekas penjaga gol Inter Milan Cesar. – AFP