Benfica rangkul Liga Portugal

Benfica rangkul Liga Portugal

LISBON, 16 Mei (AFP) – Benfica mengetepikan cabaran pesaing Sporting untuk memenangi gelaran Portugese kali ketiga dengan menewaskan Nacional 4-1 pada hari terakhir perlawanan musim ini semalam.

Kapten pasukan, Nico Gaitan menjaringkan dua gol dengan penjaring terbanyak, Jonas, dengan 32 gol liga musim ini, dan Pizzi juga dalam sasaran bagi pasukan kendalian Rui Vitoria itu sebelum Salvador Agra menjaringkan satu gol pada minit akhir.

Dalam kedudukan itu keraian sudah diadakan di Estadio da Luz ketika Benfica memenangi gelaran Portugese ke-35 dalam sejarah mereka.

Ia adalah kali pertama mereka memenangi gelaran itu tiga kali berturut–turut sejak 1970an dan kejuaraan ini dirasakan lebih manis oleh penyokong–penyokong Benfica seperti yang mereka lalukan pada kelebihan pasukan Sporting yang diterajui oleh Jorge Jesus.

Ketua pasukan Benfica, Luisao ketika menjulang trofi pada perlawanan akhir Liga Portugal menentang Sporting di Stadium Luz Benfica di Lisbon, semalam. – AP
Ketua pasukan Benfica, Luisao ketika menjulang trofi pada perlawanan akhir Liga Portugal menentang Sporting di Stadium Luz Benfica di Lisbon, semalam. – AP

Jesus meninggalkan Benfica untuk bersama Sporting musim panas lalu tetapi tidak dapat untuk membawa pasukan hijau dan putih itu ke ibu negara Portugese dalam apa yang dilihat gelaran pertama sejak 2002 dan ke-19 dalam sejarah mereka.

Sporting menamatkan persaingan musim ini dengan kemenangan kesembilan, mencatatkan kemenangan 4-0 di gelanggang luar menentang Braga yang berada di tangga keempat. Teo Gutierrez meletakkan jaringan pendahuluan Sporting sebelum Islam Slimani dari Algeria menukar kedudukan menjadi dua dengan gol ke-27 dalam kempen ini.

Braga yang beraksi dalam masa tiga suku perlawanan dengan 10 pemain selepas Arghus diarah meninggalkan padang pada separuh masa pertama dan pemain penyerang dari Costa Rica, Bryan Ruiz menambah dua lagi gol bagi Sporting pada separuh masa kedua. Tetapi kejayaan itu sudah cukup, ketika Sporting menamatkan tangga kedua, ketinggalan dua mata dari pendahulu.

ARTIKEL YANG SAMA