Bengang lakonan Paredes

Bengang lakonan Paredes

LONDON, 5 Feb – Kapten Watford Troy Deeney berkata, dia akan memberi amaran kepada rakan sepasukan, Juan Carlos Paredes selepas pemain itu berpura-pura cedera dan menjatuhkan badannya selepas bertembung dengan penyerang Chelsea Diego Costa ketika kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan, semalam.

Insiden berkenaan berlaku ketika babak pertama hampir tamat dan Paredes rebah sambil memegang mukanya walaupun tidak dikasari Costa sekali gus membuatkan Deeney tidak setuju dengan tindakan rakan sepasukannya dan akan mengingatkan pemain Ecuador itu supaya tidak mengulangi sikap sedemikian.

“Ini bola sepak moden. Tersentuh sedikit, semua mahu merebahkan badan seolah-olah dikasari”.

Ia tidak sepatutnya berlaku. Jika ini liga hujung minggu, anda pasti tidak boleh melakukannya kerana semua orang akan mentertawakan anda,” kata Deeney.

“Saya tidak suka melihatnya, kami akan berbincang dengan Paredes.

Penyerang pasukan Chelsea Diego Costa bertembung dengan Paredes gara-gara tidak puas hati dengan perilaku pemain tersebut semasa perlawanan itu. – Reuters
Penyerang pasukan Chelsea Diego Costa bertembung dengan Paredes gara-gara tidak puas hati dengan perilaku pemain tersebut semasa perlawanan itu. – Reuters

Dia sepatutnya lebih matang.

Dia cuma disentuh dan perkataan itu yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan berkenaan.”

Jurulatih Watford Quique Sanchez Flores yang pernah membimbing Costa ketika di Atletico Madrid, enggan bercakap mengenai insiden berkenaan.

“Tidak ada apa yang berlaku. Sedikit sentuhan dalam aksi Liga Perdana adalah biasa. Pemain seperti ini sering mencari sebab untuk menjatuhkan diri,” katanya.

“Ini bukan perkara baru. Saya faham dengan Costa kerana pernah membimbingnya”.

Saya tahu dia sentiasa mahu cuba mencabar sesiapa saja. Paredes juga seorang yang keras tapi pada perlawanan itu, tiada apa-apa berlaku.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA