Bengkel asas pembelajaran, pengajaran universiti (FULT)

Bengkel asas pembelajaran, pengajaran universiti (FULT)

SERAMAI 27 staf akademik dari pelbagai bidang program yang berbeza telah menghadiri bengkel selama dua hari yang memfokuskan tentang asas pembelajaran dan pengajaran universiti (FULT). Bengkel ini telah dijalankan di Universiti Teknologi Brunei (UTB) pada 18 dan 19hb April yang lalu.

Bengkel FULT ini merangkumi empat modul penting iaitu pembelajaran di universiti dan kemahiran komunikasi yang baik terhadap pelajar, perancangan kurikulum dan reka bentuk penilaian serta akhir sekali strategi pengajaran yang berkesan.

Bengkel ini adalah kali yang keempat diadakan dalam memfokuskan siri kursus pembangunan profesional yang mana telah diselaraskan oleh Pusat Komunikasi, Pengajaran dan Pembelajaran (CCTL) dan bengkel ini diwajibkan untuk kesemua kakitangan akademik UTB untuk mengikutinya. Bengkel ini juga telah dijalankan sebagai salah satu inisiatif strategi UTB dalam mempertingkatkan lagi kualiti kakitangan dan menggalakkan lagi amalan pengajaran yang inovatif.

Menggalakkan minat

Fasilitator utama dalam penyelarasan bengkel ini ialah Ketua Pengajaran, Pembelajaran dan Pedagogi Bahagian Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Dr Peter Looker.

Antara kakitangan akademik UTB yang menghadiri bengkel selama dua hari yang memfokuskan tentang asas pembelajaran dan pengajaran universiti (FULT).
Antara kakitangan akademik UTB yang menghadiri bengkel selama dua hari yang memfokuskan tentang asas pembelajaran dan pengajaran universiti (FULT).

Dr Peter Looker dalam bengkel berkenaan telah menekankan beberapa peranan penting dalam maklum balas dalam pelbagai bidang seperti dalam pembelajaran pelajar, penjajaran tertentu, strategi pengajaran yang berkesan dan penggunaan bilik tutorial yang menggalakkan pembelajaran lebih interaktif.

Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan tugas penilaian guru bagi memastikan maklum balas yang sangat bermakna untuk menggalakkan minat terhadap pembelajaran. Dr Peter Looker adalah antara ahli akademik yang terkenal dalam menjalankan kursus-kursus latihan setelah lebih satu dekad di kebanyakan institusi tinggi.

Antara cadangan utama beliau adalah untuk menggalakkan lagi pembelajaran secara kolaboratif iaitu dengan menyusun semula keadaan dan persekitaran dalam bilik darjah serta melibatkan lebih ramai pelajar dengan pendedahan pembelajaran yang menggunakan alat-alat teknologi tinggi.

UTB kerap mengadakan dan menganjurkan bengkel-bengkel pembelajaran dan pengajaran untuk kakitangan akademik mereka yang mana bengkel ini berupaya memastikan peningkatan kaedah pengajaran ahli kakitangan akademik yang berkesan di dalam kelas.

Sesi bengkel ini memberikan peluang kepada kakitangan akademik untuk melakukan perbincangan yang berkesan dan terbaik dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan dan memfokuskan kepada pelajar itu sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA