Bengkel bantu peniaga PKS

Bengkel bantu peniaga PKS

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Dalam membantu para pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta siapa sahaja yang mula berjinak-jinak dalam perniagaan, Darussalam Enterprise (DARE) mengadakan bengkel mini di bawah Industry Business Academy (IBA).

Bengkel setengah hari yang diadakan selama dua hari bermula hari ini itu berlangsung di Auditorium, Tingkat 1, Bangunan iCentre, Anggerek Desa dan di-sampaikan oleh bekas pensyarah di Cosmopolitan College of Commerce & Technology, Dean yang kini selaku copywriter / konsultan sambilan.

Dalam bengkel hari ini tajuk yang dibincangkan adalah mengenai proses pemasaran yang membantu klien menggandakan jualannya dalam masa sebulan dengan satu promosi, The Profit Optimizer Simplified.

Antara lain tujuan bengkel mini ini diadakan adalah untuk membantu pemilik perniagaan kecil yang ingin mendapatkan lebih ramai pelanggan dan jualan.

Para peserta yang terdiri daripada mereka yang berdaftar di bawah IBA itu antara lain mempelajari cara cepat dan mudah untuk mengenal pasti sasaran pelanggan sebenar yang ingin berbelanja untuk perniagaan peserta.

Dean, fasilitator bagi bengkel tersebut.
Dean, fasilitator bagi bengkel tersebut.

Selain itu, ia juga mengajar peserta mengenai produk atau perkhidmatan yang menarik pelanggan dan bagaimana untuk membezakan perniagaan mereka dengan pesaing yang lain sekali gus menjadi pilihan dalam pasaran walaupun menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama.

Ia juga menyentuh mengenai cara terbaik untuk mencapai pelanggan-pelanggan yang berpotensi dan bagaimana untuk mencipta mesej jualan seiring dengan pelanggan berpotensi serta menarik pelanggan untuk membeli produk atau menggunakan perkhidmatan mereka.

Sementara itu, esok bengkel mini berkenaan akan menyaksikan fasilitator menyampaikan tajuk Skyrocket Your Sales With Facebook & Instagram Ads.

ARTIKEL YANG SAMA