Bengkel bola baling

Bengkel bola baling

Oleh Mohamad mohamad Asyramisyanie

 

TUTONG, 10 Ogos – Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui cawangannya di sini hari ini mengadakan bengkel pengenalan bola baling untuk guru-guru dan penuntut sekolah menengah di Daerah Tutong tahun 2015.

Bengkel dengan kerjasama Persekutuan Bola Baling Brunei itu diadakan di Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong dimulakan dengan taklimat pengenalan, persembahan permainan dan latihan asas bola baling.

Menyampaikan taklimat pada majlis ialah jurulatih daripada BHF iaitu Risto Buha yang banyak menyentuh mengenai peraturan dan ciri-ciri sukan yang semakin mendapat tempat di negara ini.

Sebanyak lima sekolah menengah terlibat dengan bengkel itu dengan melibatkan 12 orang guru dan 79 pelajar di sekitar daerah ini.

Jurulatih Risto Buha ketika menyampaikan taklimatnya di Bengkel itu hari ini.
Jurulatih Risto Buha ketika menyampaikan taklimatnya di Bengkel itu hari ini.

Penyampaian sijil penyertaan kepada sekolah yang terlibat pada akhir majlis telah disempurnakan oleh Ketua Ko-kurikulum Daerah Tutong, Haji Hairul Absah bin Haji Abdul Lahai dan beliau juga mengadakan sesi bergambar ramai dengan para peserta.

Menurut pihak penganjur, bengkel berkenaan diadakan untuk membangunkan sukan bola baling supaya ia dapat dikendalikan secara sistematik bermula dari peringkat akar umbi sebelum dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam taklimat itu BHF menyarankan supaya projek ini dibahagikan kepada dua peringkat, antaranya peringkat pengenalan dan latihan mingguan.

ARTIKEL YANG SAMA