Bengkel CBET berakhir dengan jayanya

Bengkel CBET berakhir dengan jayanya

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Bengkel Latihan E-dagang Rentas-Sempadan (CBET) selama tiga hari anjuran Majlis Penasihat Perniagaan APEC Brunei Darussalam (ABAC) dengan kerjasama ABAC China dan BAG Network Sdn Bhd telah berakhir hari ini dengan lawatan ke tapak Simpor Pharma dan Bio Innovation Corridor.

CBET yang diadakan bermula 5 hingga 7 Mei di Taman Reka bentuk dan Teknologi di Anggerek Desa telah dihadiri tetamu kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Paduka Lim Jock Hoi.

Dato Lim dalam ucapannya turut menyebutkan tentang kepentingan bengkel yang mengemukakan beberapa komponen mengenai isu semasa yang penting bagi mereka yang hadir untuk mempelajari beberapa perkara tentang bagaimana perniagaan boleh menjadi lebih kompetitif dalam landskap perdagangan elektronik yang pantas berubah.

Menurutnya lagi, Syarikat perniagaan perlu memahami bahawa e-dagang bukan hanya sekadar peruncit online. Ia adalah sebenarnya, meliputi pelbagai aspek termasuk beberapa bidang seperti keselamatan siber, perdagangan tanpa kertas, dan perlindungan data peribadi.

Hadir sama di bengkel itu adalah lebih 45 delegasi yang mewakili pelbagai industri termasuk peruncit, pendidikan, perkapalan dan logistik, ICT, penjagaan kesihatan dan pembekal perkhidmatan serta sektor awam dari Brunei, China, Indonesia, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Thailand dan Amerika Syarikat.

Antara peserta yang menyertai bengkel CBET baru-baru ini.
Antara peserta yang menyertai bengkel CBET baru-baru ini.

Program penempatan CBET itu menyaksikan speaker antarabangsa daripada DHGate, DHL, Google, Mastercard, eCargo yang berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai e-dagang rentas sempadan bersama usahawan tempatan dan perusahaan kecil sederhana rantau BIMP-EAGA sebagai sebahagian daripada usaha ABAC untuk membantu SME akses ke pasaran antarabangsa.

Antara topik yang dibincangkan meliputi pengenalan kepada e-dagang, perkapalan antarabangsa, strategi membina jenama online, pembayaran Internet dan kewangan. Para peserta juga telah memiliki peluang untuk membincangkan persepsi mereka mengenai cabaran di sekitar perdagangan rentas sempadan.

Manakala itu, antara yang ditumpukan termasuk Aplikasi Mudah Alih bagi e-pembayaran yang diperkenalkan oleh BIBD dan Pameran Pengantin daripada pereka-pereka tempatan seperti Anyati, Na Forrer dan E.Asbellah serta usahawan China yang berjaya, Fenfen Fan dari China yang mengasaskan industri pakaian Suzhou Pansy.

Sementara itu, Ahli ABAC bagi Brunei Darussalam, Haslina Taib mengatakan dalam ucapan penutupnya, “Bagi China, e-dagang rentas sempadan telah dikenal pasti sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi.

Dan kejayaaan seperti itu seharusnya dikongsi bersama dengan negara lain, semasa mesyuarat ABAC ini, ABAC Brunei dan ABAC China ingin menyetempatkan CBET dan menggembangkannya di Brunei terutamanya bagi BIMP EAGA SMME dan juga untuk meningkatkan kesedaran bagi pembuat dasar mengenai kepentingan kapasiti pembinaan dan inovatif perdagangan dan kewangan untuk memastikan peluang diberikan bagi penyertaan dan suasana perkembangan perniagaan di kawasan yang disasarkan dalam rantau itu.

ARTIKEL YANG SAMA