Bengkel fahami francais

Bengkel fahami francais

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Beberapa wakil daripada komuniti perniagaan dalam sektor pendidikan, makanan dan minuman dan runcit telah menghadiri bengkel mengenai Peluang Francais yang diadakan di Bangunan Reka Bentuk & Teknologi, semalam.

Bengkel itu merupakan acara susulan yang diminta oleh para hadirin yang menghadiri dialog mengenai Peluang Francais yang diadakan pada 29 September 2016.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, francais adalah perjanjian atau lesen di antara dua parti bebas yang memberikan seseorang individu atau sekumpulan orang hak untuk memasarkan satu produk atau perkhidmatan dengan menggunakan tanda dagangan atau nama dagangan perniagaan lain.

Acara bermula dengan kata-kata aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif DARE (Darussalam Enterprise), Soon Loo yang bertanyakan para hadirin “Bolehkah kami membawa jenama Brunei ke luar negara?”

Dalam bengkel itu, Duta Besar Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Craig Boyd Allen berkongsi pengalaman beliau tentang francais dan beberapa sumber yang boleh dirujuk oleh hadirin jika mereka berminat dalam francais iaitu www.franchise.org dan satu aplikasi percuma dinamakan Franchise Now.

Bengkel turut mendengarkan Duta Besar AS berkongsi pengalamannya mengenai francais.
Bengkel turut mendengarkan Duta Besar AS berkongsi pengalamannya mengenai francais.

Kedua-dua sumber berkongsi maklumat mengenai perniagaan yang berlainan yang boleh difrancais oleh orang.

“Apabila ia membabitkan francais, terdapat bayaran atau wang pokok yang mesti dibayar,” kata wakil DARE yang berkongsi maklumat tentang francais.

Wang pokok termasuk bayaran francais awal yang merupakan bayaran besar sekali gus dan kemungkinan kos pendahuluan untuk menyertai kelab sebagai seorang anggota.

Bayaran pokok yang disebut juga termasuk bayaran royalti iatu bayaran kepada pemilik francais secara rutin bergantung pada syarat-syarat perjanjian. Kos lain yang mungkin perlu dibayar oleh penerima francais juga termasuk bayaran iklan, aset tetap dan semasa (ramuan, peralatan, pekerja dan sewa), serta kos pembatalan kontrak.

Pengiran Sanusi Iskandar bin Pengiran Haji Ismail, mewakili Divisyen Perbankan Korporat Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengongsikan bahawa untuk menambah nilai kepada perniagaan, BIBD mempunyai SME 360 yang menyediakan penyelesaian perbankan menyeluruh yang termasuk kumpulan pengurusan hubungan yang berdedikasi, penyelesaian kewangan dan bayaran digital.

DARE dalam kenyataannya memberitahu bahawa mana-mana pihak yang berminat mengenai francais, DARE boleh membantu untuk mengenal pasti sokongan dan menyediakan bimbingan, berjumpa secara tetap untuk menyediakan kursus mentor dan mengawasi perkembangan syarikat yang ingin mengusahakan perniagaan francais.

ARTIKEL YANG SAMA