Bengkel halusi bacaan Al-Quran

Bengkel halusi bacaan Al-Quran

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 1Mei – Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait telah menganjurkan Bengkel Tahsin Al-Quran di Masjid Muhammad Jamalul Alam.

Bengkel disertai pegawai-pegawai Masjid Daerah Belait dan ahli jawatankuasa Takmir dan jemaah masjid berkenaan yang disampaikan oleh salah seorang johan qari Musabaqah Tilawatil Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Haji Mohd Daud bin Haji Abdul Kadir.

Ia antara lain bertujuan menyahut hasrat dan titah Baginda Sultan untuk membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian seterusnya mempertingkatkan dan memperelokkan mutu bacaan, kefahaman dan penghayatan serta penyampaian ilmu kepada jemaah dalam kalangan pegawai-pegawai masjid.

Antara yang menyertai Bengkel Tahsin Al-Quran.
Antara yang menyertai Bengkel Tahsin Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA