Bengkel halus...

Bengkel halusi bacaan dalam solat Sunat Terawih

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Mei – Sempena menjelangnya bulan Ramadan, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong telah mengadakan Bengkel Menghalusi Bacaan dalam sembahyang Sunat Terawih di Bilik Kuliah Muslimah, Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, petang tadi.

Bengkel yang dihadiri kira-kira 20 orang terdiri daripada bilal-bilal, pemangku bilal, marbut dan pelapis bilal bagi masjid-masjid Daerah Tutong itu telah disampaikan oleh Imam Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kampung Katimahar, Haji Hassan bin Haji Taha.

Antara tujuan ia diadakan adalah untuk menyelaraskan semua pegawai masjid, bilal, pemangku bilal dan marbut di Daerah Tutong bagaimana membawakan dan menyebut selawat dengan betul dan menarik.

Selain itu, dengan adanya bengkel berkenaan, ia akan dapat memperbaiki bacaan para peserta dan sekali gus dapat menarik minat para jemaah masjid untuk menyertai sembahyang Sunat Terawih dan Witir berjemaah.

Para peserta bengkel yang terdiri daripada bilal-bilal, pemangku bilal, marbut dan pelapis bilal bagi masjid-masjid Daerah Tutong.
Para peserta bengkel yang terdiri daripada bilal-bilal, pemangku bilal, marbut dan pelapis bilal bagi masjid-masjid Daerah Tutong.