Bengkel kupas permasalahan solat

Bengkel kupas permasalahan solat

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 28 Okt – Kira-kira 30 Muslimah Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan telah menyertai aktiviti bulanan Bengkel Fardhu Ain bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman.

Bengkel bertajuk ‘Permasalahan Wanita dalam Sembahyang’ dan ‘Sembahyang Berjemaah’ dikendalikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

Isi kandungan bengkel menyentuh mengenai pentingnya menjaga kedudukan saf dalam sembahyang jemaah, menggalakkan lebih ramai Muslimah sembahyang berjemaah bersama keluarga di rumah atau masjid kerana kelebihannya yang amat besar.

Antara Muslimah Masjid RPN Kampung Pandan yang menyertai Bengkel Fardhu Ain yang merupakan aktiviti bulanan kumpulan itu.
Antara Muslimah Masjid RPN Kampung Pandan yang menyertai Bengkel Fardhu Ain yang merupakan aktiviti bulanan kumpulan itu.

Menurut Ketua Muslimah Masjid RPN Kampung Pandan Hajah Hamsiah binti Haji Mohd Hussain, ia turut dihasratkan dapat menambahkan pengetahuan dan kefahaman serta boleh dijadikan sebaran dalam kalangan Muslimah dan keluarga lain yang tidak sempat menyertai bengkel, agar pahala berlipat ganda dapat diperoleh bersama.

“Peserta bengkel juga dapat mendapat penjelasan lebih terperinci melalui soal jawab dengan penceramah sekali gus dapat melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna, sambil mengeratkan silaturahim antara Muslimah,” tambahnya.

Bengkel Fardhu Ain itu diadakan setiap bulan dengan tajuk-tajuk berbeza mengenai solat, zakat dan sebagainya, selain turut diselitkan dengan pelajaran membaca Al-Quran setiap Khamis.

ARTIKEL YANG SAMA