Bengkel memajukan strategi penjenamaan

Bengkel memajukan strategi penjenamaan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seramai 15 orang yang terlibat dalam sektor pemasaran, telekomunikasi, pengiklanan, kewartawanan dan info komunikasi mengikuti Bengkel Eksklusif Bagi Memajukan Strategi Penjenamaan yang dianjurkan oleh syarikat pengendali latihan, CONFEX, hari ini.

Bengkel dua hari yang dinamakan Membina Empayar Penjenamaan yang menguntungkan yang diadakan di Restoran RMS Portview Seafood itu dikendalikan oleh seorang pakar dalam komunikasi dan penjenamaan dari Singapura, Arjun Khara.

Beliau merupakan pakar dalam bidang telekomunikasi, pengkomputeran dan sistem informasi serta pencipta kandungan laman web dan pengendali bengkel berdedikasi yang gemar mengendalikan bengkel berkaitan penciptaan kandungan serta teknologi yang berkaitan dengannya.

Suasana ketika bengkel itu berlangsung.
Suasana ketika bengkel itu berlangsung.

Antara tujuan bengkel itu diadakan adalah untuk mencipta persefahaman dalam kalangan semua pihak yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat dan pesanan jenama milik pelanggan, untuk mengenal pasti nilai teras dan kekuatan pelanggan.

Bengkel itu juga bertujuan untuk membuka peluang bagi pembuat keputusan dan membantu mengetengahkan jenama pelanggan, memanfaatkan himpunan pengetahuan, pengalaman dan daya kreatif kumpulan peserta bagi mencipta idea pemasaran dan komunikasi yang baru serta untuk memuktamadkan set nilai teras jenama bagi memudahkan pelanggan.

Setelah menghadiri bengkel itu, para peserta akan memahami kegunaan garis pandu penjenamaan yang diperlukan bagi komunikasi masa depan seperti laman web, bahan rujukan penjualan dan pemasaran.

ARTIKEL YANG SAMA