Bengkel Menghalusi Bacaan Al-Quran

Bengkel Menghalusi Bacaan Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 11 Okt – Dalam usaha untuk memberikan ilmu dan menambahkan lagi mutu bacaan Al-Quran secara berlagu, Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dengan kerjasama ahli Takbir Masjid Kampung Penanjong telah menganjurkan Bengkel Menghalusi Bacaan Al-Quran Secara Teranum, Tajwid Dan Menghalusi Bacaan Al-Quran Secara Fasih Serta Lancar.

Bengkel kali ketiga yang diadakan di Masjid Kampung Penanjong, pagi tadi, itu dihadiri oleh lapan orang peserta Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Dewasa.

Dua orang qari yang pernah mewakili negara mengikuti Pertandingan Membaca Al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah didatangkan untuk mengendalikan bengkel tersebut iaitu Haji Daud bin Haji Abdul Kadir dan Haji Hassan bin Haji Toha.

Tenaga pengajar menyampaikan Bengkel Menghalusi bacaan Al-Quran.
Tenaga pengajar menyampaikan Bengkel Menghalusi bacaan Al-Quran.

Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan ilmu dan menambahkan lagi mutu bacaan Al-Quran dalam kalangan golongan dewasa, memberikan pengalaman tenaga pengajar untuk diserapkan kepada peserta-peserta bengkel yang akan mengikuti Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Dewasa.

Para peserta bengkel diharap akan mendapat markah 75 peratus ke atas dalam pertandingan peringkat daerah bagi mengikuti pertandingan-pertandingan seterusnya.

Dengan adanya bengkel yang diadakan ini, peserta-peserta bengkel dapat membuat persediaan rapi bagi Pertandingan Peringkat Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA