Bengkel menulis persuratan rasmi kerajaan

Bengkel menulis persuratan rasmi kerajaan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengikuti bengkel menulis persuratan rasmi kerajaan (Penyediaan Efisien Dokumen melalui Mailmerge), yang berlangsung selama dua hari.

Bengkel yang berlangsung di makmal komputer KUPU SB berkenaan antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan seterusnya meningkatkan keupayaan dan kecekapan peserta bengkel dalam pengendalian persuratan. Selain itu, ia juga memberi pendedahan dan membantu peserta dalam menggunakan kaedah yang paling efisien untuk mengendalikan persuratan di samping sebagai usaha berterusan Pentadbiran KUPU SB bagi meningkatkan kecekapan dan mutu stafnya.
Bengkel dibimbing Pegawai Latihan Kanan di Institut Perkhidmatan Awam, Hajah Maimunah Haji Awang Hussin.

Antara yang mengikuti bengkel tersebut.
Antara yang mengikuti bengkel tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA