Bengkel pemba...

Bengkel pembangunan jati diri

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Bengkel Program Pembangunan Jati Diri di bawah Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ) memasuki hari kedua, hari ini, dengan sesi-sesi perkongsian pengalaman, sesi kaunseling dan aktiviti-aktiviti pembinaan pasukan.

Semalam, bengkel yang disertai 13 orang belia kurang bernasib baik itu telah diisi dengan ceramah mengenai perniagaan dalam talian yang mengetengahkan peniaga dalam talian berusia 19 tahun dari Malaysia, Ameerul Afiq bin Abdul Hadi.

Dalam ceramahnya itu, Ameerul Afiq menceritakan bagaimana beliau memulakan perniagaan tanpa modal dan mampu mencapai jualan mencapai enam digit pada tahun 2015.

Beliau juga mengongsikan bagaimana beliau dapat menyeimbangkan pelajaran dan perniagaannya, dengan menekankan disiplin diri dan kekal fokus dalam mencapai matlamat-matlamat.

Ameerul Afiq berkongsi pengalaman beliau termasuk kepentingan disiplin diri dalam berniaga.
Ameerul Afiq berkongsi pengalaman beliau termasuk kepentingan disiplin diri dalam berniaga.

Program diteruskan dengan sesi tazkirah disampaikan oleh penceramah tempatan, Awangku Muhammad Ilyas bin Pengiran Haji Masri dan Awang Adi Aismat bin Lamat. Sementara itu, hari ini, bengkel menampilkan Kaunselor Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait, Dayang Zaimah binti Haji Abdullah diikuti dengan wakil dari Insurans Islam TAIB Takaful Keluarga Sdn Bhd, Haji Shamsul bin Haji Muhammad yang bercakap mengenai Pelan Kewangan Islam. Bengkel berkenaan dianjurkan bersama oleh Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Majlis Ugama Islam (MUIB) untuk menyediakan platform kepada belia-belia berkenaan untuk membangunkan jati diri dan memahami potensi kejayaan mereka di tempat kerja atau perniagaan.

ARTIKEL YANG SAMA