Bengkel sehari ‘Bagaimana Memulakan Perniagaan’

Bengkel sehari ‘Bagaimana Memulakan Perniagaan’

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Lebih 20 peserta terdiri daripada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pelajar sekolah menengah dan individu menyertai bengkel ‘Bagaimana Memulakan Perniagaan’ di Pusat iCentre, Anggerek Desa.

Bengkel sehari itu telah dikendalikan oleh seorang usahawan fesyen Islam yang berjaya di Amerika Syarikat, Zeena Altalib. Selain berkongsi buah fikiran bersama para peserta, Zeena Altalib menyentuh mengenai erti perniagaan, cara merancang perniagaan dan memasarkan perniagaan menerusi media sosial.

Beliau juga berkongsi mengenai perjalanan beliau sebagai seorang usahawan dan pandangan beliau mengenai pasaran fesyen Islam.

Bengkel yang dianjurkan oleh iCentre Brunei dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Brunei Darussalam itu membantu para individu lebih kompeten dalam memulakan perniagaan mereka, dan beliau juga berharap agar latihan dan kemahiran masing-masing akan memajukan perniagaan mereka sama ada yang baru ditubuhkan atau sedia ada.

Zeena Altalib ketika membantu para peserta dengan memberikan pendapat mengenai projek perniagaan mereka.
Zeena Altalib ketika membantu para peserta dengan memberikan pendapat mengenai projek perniagaan mereka.
Lebih 20 peserta menyertai bengkel selama sehari di Pusat iCentre, Anggerek Desa.
Lebih 20 peserta menyertai bengkel selama sehari di Pusat iCentre, Anggerek Desa.

ARTIKEL YANG SAMA