Bengkel terakhir BICTA

Bengkel terakhir BICTA

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Jawatankuasa Kerja Anugerah Teknologi Info-Komunikasi Brunei (BICTA) 2016 telah mengadakan bengkel terakhir mengenai pembentangan dan penyampaian yang diadakan dalam dua sesi berasingan pada 15 Ogos lalu dan semalam (17 Ogos).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sesi pertama menyasarkan para peserta Kategori Projek Sekolah, manakala itu sesi kedua pula dikhaskan bagi peserta kategori Peringkat Tinggi dan Industri ICT.

Seramai 90 orang menghadiri bengkel berkenaan, yang dikendalikan oleh Ketua Unit Strategi Korporat dan Pengurusan Program, AITI, Awang Mohd Reza bin Nazamuddin.

Awang Mohd Reza ketika mengendalikan bengkel CIPTA 2017.
Awang Mohd Reza ketika mengendalikan bengkel CIPTA 2017.
Antara mereka yang menyertai bengkel terakhir pada sesi pertama baru-baru ini.
Antara mereka yang menyertai bengkel terakhir pada sesi pertama baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu lagi, bengkel ini direka untuk mempersiapkan para peserta bagi pertandingan BICTA terutamanya dalam meningkatkan kemahiran pembentangan dan penyampaian para peserta supaya dapat menyampaikan dan meyakinkan barisan hakim mengenai cadangan produk-produk digital inovatif mereka.

Bengkel menyediakan peluang kepada para peserta untuk mempelajari dan berlatih kemahiran profesional serta mempunyai keyakinan dalam membuat pembentangan dengan lebih efektif dalam konteks jualan, latihan dan bercakap di khalayak umum.

ARTIKEL YANG SAMA